Wednesday, July 31, 2013

Indahnya bahasa


Gerakannya terus menuju niat dihati. Dia berhenti. Berdiri seseorang dihadapannya. Berlainan sedikit dari susuk tubuhnya dan juga kulitnya. Dia mendongak. Hamba itu seakan berkata sesuatu. Bahasanya sangat indah. Tapi tidak difahami. Kenapa ?

"Kau Islam kan. Mesti faham Bahasa Arab"

Tunduk. Malu.

Orang Cina hebat berbahasa cina.
Orang India hebat berbahasa india.
Orang Melayu hebat berbahasa melayu.

Bahasa Arab ?

Sungguh,jiwa ini tersentap. Menghina kekurangan diri. Sentapan yang meragut jiwa. Bahasa indah itu tidak difahami. Sungguh diri ini hina. Sedangkan Islam masih dijiwa,tapi tidak sempurna. Sibuk mempelajari bahasa yang sia-2 sedangkan bahasa syurga tidak.

Menangis. Bukan lemah tapi mengenangkan kebodohan diri.

Jiwanya tidak tenang.
Fikirannya berfikir.
Hatinya terdetik.

Hina terasa.

"Adakah Islam itu hanya pada nama ?"

Tepuk dada. Dia melewati sahabat itu yang tersenyum berkata. Melangkah pergi. Sungguh,tatkala itu dia melarakan hatinya. Sekejap pandangannya memandang ke bumi,terkadang mengalihkan pandangannya ke langit yang meluas pula.

"Adakah pilihan aku dahulu menjadikan aku begini ?"

Dia tertanya. Dahulu dia telah diberikan peluang namun dipersiakan. Pilihannya salah. Entah. Hatinya tertanya tanya. Hati cuba untuk menidakkan. Dia tahu Pencipta telah menentukan segalanya. Ada hikmahnya,ada nikmatnya.

Selesai menelaah bacaannya itu,dia pergi mendekati sahabat itu. Ingin menegurnya. Ingin memohon maaf atas kesombongannya. Lantas,senyuman terukir. Kalam bicara pun bermula. Itulah mawadahnya. Walau tidak sebegitu indah,namun bermanfaat.

Kalau aku jatuh,angkatlah aku.
Kalau aku leka,ingatkanlah aku.

Dalam menawan ketinggian gunung itu,dapat dilihatkan keindahan alam. Indah. Walau penat terasa. Jauh. Hendak ke kemuncak. Ditemani pula keindahan,ditemani juga ujian. Ada sesuatu yang dipelajari. Pengalaman.

Tidak salah mempelajari sesuatu. Cuba,itulah yang termampu. Masih cuba memperbaiki diri.

2 comments:

  1. Banyak mana, manusia-manusia yang disuap dengan ilmu agama dari awal - namun tak dipraktik kerana mereka belajar tanpa pengertian. dan banyak mana, manusia-manusia yang jauh dari ilmu akhirat, namun Allah suap sendiri taufik dan hidayah kepada mereka yang kelihatannya hina, lalu mereka mampu kerana mereka diberi pengertian.

    Allah bagi kefahaman kepada orang yang Dia kehendaki. yahdiyAllahu linurihi man yasyaa. Allah bagi cahaya petunjuk kepada sesiapa yang Dia kehendaki. dan aku percaya, kau antara yang Dia pilih.

    maka bersyukurlah, kawan. untung Dia pilih kau untuk rasakan 'sedar' itu daripada lambakan manusia yang lain.

    dan ingat, kau hidup tak sendirian di dunia ini. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Aku tidaklah hebat,aku masih lagi insan. Yang tidak berdiri dengan sendirinya. Maka Dia hadirkan ujian dan nikmat dalam bentuk yang tidak dijangka. Sedangkan aku terlupa,konsep yang sebenarnya.

      Semoga kita sama2 mengejar keredhaannya. Fastabiqul khairat.

      Syukran ya ukhti. :)

      Delete