Tuesday, August 27, 2013

Pergilah cari


Renung si jiwa. Menyaksikan keindahan alam Pencipta. memperlihatkan setiap satunya. Ah,sungguh indah. Senyum itu bukan biasa. Nafas ditarik panjang menghirup udara segar tanda kehebatan Pencipta agung.

Pergi dia melarakan hati. Kebangkitan itu. Cuba melangkah. Perlahan lahan akhirnya terduduk. Mencari kesedaran. Rima kehidupan yang simetri melahirkan kesyukuran kepada Pencipta yang Esa.

Siang ada malam.
Lelaki ada perempuan.
Matahari ada bulan.

Pernah terfikir ? Ya. Pencipta ? Itulah hebatnya. Dia yang Esa. Tiada yang sekutu dengannya. CiptaanNya menjelaskan kewujudanNya.

Inilah kebenaran.
Inilah kesetiaan.
Inilah kesucian.

"Apa lagi yang kau mahukan ?"

Cukuplah Islam itu hadir dalam diri kamu. Carilah. Dalamilah. Fahamilah. Sungguh ianya indah. Sedang kau asyik membicarakan ketidakbenaran tetapi hati menolak penipuan. Bagaimana ? Maka penemuannya mudah. Al Quran.

"Apa yang kau cari ?"

Kisah lalu.
Kisah hadapan.

Di situlah. Bukalah, Bacalah. Fahamilah.
Entah. Sekali lagi terasa dengan pincangan kata-2. Memperagakan sesuatu yang tidak terduga. Melakukan perkara yang sia-2. Hasilnya ? Tiada. Sedangkan ada yang bermanfaat telah tersedia. Menghiraukan. Berkata mempendamkan diri. Amalan yang tidak terperi.

Sungguh. Aku telah jauh. Ujian itu menyedarkan. Kata-2 itu menghempaskan jiwa yang sedang bergelora. Bagaimana hendak diduga,jika perhiasan lebih utama. Menifistasi diri. Kerna iman yang lemah,mahkota jatuh berkecai di tanah. Tidak cukup pula,serpihan itu terus merobek luka. Berdarah.

Bawalah aku.
Tariklah aku.
Pimpinlah aku.

Disaat itu aku terlupa.
Disaat itu aku terleka.
Disaat itu aku lemah daya.

Mengingatkan sesuatu yang dicari. Sedangkan di depan mata,peluang itu dipersiakan. Cuba melangkau setiap masa yang diperlukan,cukup untuk membina kubu pertahanan. Tapi,kau musnahkan dipertengahan jalan. Kerna,nafsu terlepas dari rantaian,kerna iman terkunci di batinan.

Kau mengunci,tapi kau terlupa,mana kuncinya.

Masih disitu. Di dalam diri. Cari.

Sekali lagi


Kaca itu hilang sinarnya. Garis cakaran mula menimbul di permukaan sucinya. Apa ? Sesuatu yang pernah terisi di dalamnya telah hilang. Entah ke mana. Cuba merungkai disetiap celahan. Namun tiada. Perih cakaran itu melalui rusuk itu.

"Takkan kau hanya mampu melihat ?"

Terpagu.
Terdiam.
Tersentap.

Melihatkan kehancuram di depan mata. Melihatkan penghinaan manusia. Tegarnya kau wahai sang hina. Memperlakukan seperti tiada dosa untuk kau pikul. Entah. Dia hanya mampu melihat kehancuran yang dilakukan oleh segenap manusia itu. Berdiri seorang hamba di sebelahnya. Menegurnya.

"Kenapa kau berdiam ?"

Sungguh aku masih lemah. 
Sungguh aku bukanlah hebat.
Sungguh aku pendosa.

Tidak layak bagi aku untuk memperkata. Atau mungkin kerna nafsu yang menghalang atau iman didada yang lemah merantainya. Jauh. Aku turut terasa. Aku turut tersentap dengan mereka.

Itu kan masjid,kau bercinta.
Itu kan masjid,kau terbuka.
Itu kan masjid,kau menghina.

Panahan mata yang mencucuk terus ke dalam kanta diri. Memperlihatkan lemahnya kita sebagai pembawa amanah yang terjaga rapi.

"Kau Islam bukan ?"

Kenapa kau musnahkan ? Sedar akan kesilapan diri. Pujangga dan kudrah yang lemah hanya memerhati dan membenci. Cuba refleksi diri. Itulah aku. Memegang pedang yang tumpul sedangkan layak untuk berbicara. Ah kenapa aku tidak sehebat melancangkan kata-2 seruan. Tangisan hati melihatkan saudara sendiri jahil.

Tidak. Aku lah yang jahil. Tidak menyentuh bahu mereka dan melunaskan kata-2 hikmah seruan Pencipta. Meninggalkan mereka. Wajarkah. Berdiri di hadapan cermin.

Jasad putih diluaran,roh hitam di dalaman.

Tangan ini tidak mampu. Mulut ini tidak kesampaian. Lantas hati ini yang memilih. Memilih untuk membenci. Langkah terus pergimeninggalkan kesedihan hati namun ada benci. Bencikan perbuatan mereka. Malah,benci akan kelamahan diri yang hina.

Dalam serumpun kasih,sinarnya cuba menitis keembunan. Melukarkan satu kesedihan. Titisan jernih itu melambangkan kesedihan itu. Dalam kegembiraan,kesedihan datang mencari. Itulah kehidupan. Tidak boleh kita lari.

Aku tidak mampu.
Aku tidak hebat.
Aku tidak kuat.

Hanya mampu untuk berdoa kepada Pencipta. Semoga terbuka pintu hati mereka.

Wednesday, August 7, 2013

Ini yang kau mahu ?


Rutin hariannya seperti biasa. Mendengar keluhan manusia. Mendengar ketidak puasan hati manusia. Bukan seorang psikologi tapi hanya insan biasa. Dia hanya mampu mendengar dan melihat. Selain daripada berkata kata.

"Kau nak tahu,ni lah namanya fesyen."

Itu bukanlah bidangnya. Kerna itu dia terdiam. Hanya mendengar dengan setia. Menantikan kesilapan untuk diperbetulakan. Sesuatu cabang yang cukup luas. Mungkin kerna dia seorang Adam yang biasa. Hanya berpakaian selekeh tanpa menghiraukan sesiapa. Itulah dia.

Inikah fesyen,tapi menonjolkan ?
Inikah fesyen,tapi menampakkan ?
Inikah fesyen,tapi mendedahkan ?

Aurat. Tidak salah berfesyen. Tapi salahnya bila kau mendedahkan aurat. Bukankah itu suatu kewajipan. Menutupinya dan menjaganya. Tapi kenapa kau menghiraukannya. Saat itu,mukanya berkerut. Cuba untuk membetulkan tapi terkena kembali. Mungkin kerana lemahnya dalam bidang itu.

"Yang tertutup itulah adanya misteri. Misteri itulah yang manis"

Wahai Adam,aurat kamu hanya sedikit. Jangan kau endahkan. Bersyukurlah kau tidak seperti Hawa. Tapi kenapa kau masih melakukannya ? Berjalan seperti tiada rasa salah.

Wahai Hawa,aurat kamu luar biasa banyaknya. Jangan kau endahkan. Bukan untuk menyeksa,tapi untuk melindungi. Melindungi maruah yang termahkota. Kalau yang lain mampu,kenapa tidak kau ? Menampilkan tubuh buat santapan mereka.


Kalau kau rasa itu suatu kepayahan dalam diri,pernahkah kau fikirkan nikmat di syurga dan seksaan di neraka ?

Fikirkan.
Renungkan.
Bayangkan.

Jika fesyen menjadikan kau lupa,maka baikilah ia. Melabuhkan pakaian. Melabuhkan tudung. Bukankah itu yang mulia ? Itulah perintah Pencipta.

Kau berhijab,pastinya manis. 
Kau bertudung,pastinya manis. 
Kau bertutup,pastinya manis.

"Sebaik baik ciptaan adalah manusia"

Ciptaan Pencipta itu indah belaka. Tiada setandingnya. Bukan untuk Hawa,malah peringatan untuk si Adam juga. Dan untuk diri ini juga. Terkadang terlupa. Aku tidak hebat berhujah dengan kata-2 kerna itu aku membencinya.

Dalam sejambak bunga,terdapat durinya. Setiap durinya memiliki racunnya. Setiap bunga itu,dikelilingi bunga berduri yang lain. Jadilah kau bunga itu. Tidak mudah untuk didekati apatah lagi disentuh. Dalam kilauan permata,itulah sinarnya. Jangan kau jadi si kaca.

Hendak berfesyen tidak salah,tapi perbetulkanlah.

Kalau kau tak jaga,siapa pula yang menjaganya ? Tepuk dada.

Yang berlalu pergi,yang datang menjelma.


Tika itu orang sekelilingnya sedang bergembira. Tapi,dia hanya bermenung melarakan hatinya. Terdetik setiba. Walhal keadaan disitu agak berbeza. Sangat sibuk. Maklumlah,lagi beberapa jam hendak menyambut ketibaan purnama yang dinanti.

"Kenapa kau bersedih?"

Sapa seorang teman dari belakangnya. Mematahkan renungan tajam yang tepat di hadapan. Dia tersenyum. Menyembunyikan kedukaan yang wujud dalam hati. Senyuman itu dibalas dengan senyuman kembali temannya. Lantas temannya beredar. Dia tertunduk kembali. Menghiraukan suasana yang seri itu.

Apakah perubahannya ?
Apakah perbezaannya ?
Apakah ibadahnya ?

Sepurnama berlalu meninggalkan. Sepurnama baru menjelma. Hati berpetah. Apa yang difikirkan tidak bersama dengan hati yang berbisik.

Kemuliaan itu telah pergi. Adakah kejayaan yang telah aku miliki ? Hati sebak meninggalkan bulan mulia itu. Hatinya tertanya,mampukah ibadah yang dilakukan sepurnama berkekalan sehingga seterusnya. Belum bermula,belum berakhir.

Soalan yang ditanyakan kepada diri. Mampukah berkekalan. Mampukah beristiqamah. Aku masih lemah. Bahkan,aku tewas. Aku mengharapkan ianya pengakhiran,rupanya itulah permulaan. Permulaan satu ujian. Ujian yang pernah dilaluinya dahulu. Sangkaan tersilap. Sekali lagi langkahnya diuji.

Aku masih lemah.

Ujian itu sepatutnya mematangkan. Tapi,tidak diambil sebarang iktibar. Lantas,kesilapan diulangi. Titisan jernih bergelenang di luar anak mata. Masih bertahan. Menafikan kebodohan dan kejahilan diri.

Itulah ujian,tapi nikmat.
Itulah dugaan,tapi kebahagiaan.
Itulah musibah,tapi kegembiraan.

Langkah yang goyang itu masih jauh perjalanan. Bangkit semula. Kalau dahulu hijrahnya besar melahirkan dirinya yang baharu,kenapa tidak kali ini. Kehebatan itu masih ada,tapi kenapa mengunci. Bebaskanlah semangat,bangkitkan.

"Kau ni degil. Kenapalah taknak dengar cakap aku ?"

Entah. Kedegilan itu wujud dari kelemahan hati. Turutan nafsu yang meninggi. Kata-2 itu sepatutnya memberi nikmat,tapi diendahkan. Kenapa ? Timbul persoalan.

Tersedar dari lena yang panjang. Terhantuk kepala,tersedar. Oh,aku terbiasa lagi dengan kali ini. Betapa tidak disedari. Pujangga terdiam. Dia tersenyum. Sedang dia berusaha menyelesaikan ujian,rupanya penyelesaian itu menghasilkan ujian itu semula. Ujian yang sama pula.

Wahai Pencipta,tidak aku dustakan nikmat yang Kau berikan. Aku bersyukur.

Ramadhan telah berlalu,tapi apakah yang kau miliki ?
Ramadhan telah berlalu,tapi apakah ibadah itu telah sempurna ?
Ramadhan telah berlalu,tapi apakah ibadah itu berterusan ?
Ramadhan telah berlalu,tapi apakah kejayaan telah berlaku ?
Ramadhan telah berlalu,tapi apakah lalilatulqadar milik kamu ?

Semoga berkekalan,semoga berterusan.
Kullu 'am wa antum bikhoir.

Muhasabah. Jalan lurus tapi masih lagi berliku. Yang penting,pastikan langkah itu.

Saturday, August 3, 2013

Bisikan hati,siapa tahu.


Cuba untuk menyelinap masuk setiap keping-2 hati yang lain. Walaupun serpihan duka,cuba untuk menyantumnya kembali. Masih belum sempurna. Bila ? Entah. Masih tiada jawapannya.

"Ala,dia tu bukan bagus mana pun sebenarnya."

Sedih. Saat dia berpaling,dia melihatkan kekejaman di wajah insan itu. Berhasad. Riak wajah yang cukup ditakuti. Wajah itu mempamerkan ketidakpuasan hati manusia yang sentiasa menginginkan yang tiada.

Hati itu keras.
Hati itu degil.
Hati itu mati.

Kerna,kebencian yang kau tanam.
Kerna,dendam yang kau didik.
Kerna,dengki yang kau milik.

Itulah hati. Kau tidak kuat mengawalnya. Kenapa ? Jangan tanya dia. Tanyalah tubuh yang membawa hati itu. Pencipta telah meminjamkannya,jaga. Itu sahaja tanggungjawabnya.

Adakah itu bisikan jiwa. Bukan. Saat itu mereka terikat di sana. Yang tinggal hanya kita. Nafsu. Itu yang kau miliki. Namun kenapa masih tidak mampu mengawal. Ah,hina. Dia cuba untuk menafikannya. Iman patut dididik,bukannya jadi lembik.

"Kenapa kau ni ? Apa yang kau tak puas hati dengan dia ?"

Begitulah. Kehidupan.

Keluhan cuba untuk dilepaskan tapi ditahan. Cuba memikirkan.

Kalau dahulu,mereka menghina. Kini mereka mencari. 
Kalau dahulu,mereka mendengki. Kini mereka memuji.

Apakah muslihat yang tersembunyi ? Diam berfikir.

Kesilapannya ? Mungkin.
Kehebatannya ? Mungkin.
Kelebihannya ? Mungkin.

Kenapa perlu semarakkan api yang kau cipta sedangkan kau jauh dari punca air. Jahil. Hasilnya membakar diri. Dendam yang kau tanam,apa faedahnya. Hasilnya duka melanda diri.

Memaafkan.

Lebih mulia. Namun,sukar untuk dilupakan. Ya,itu hakikat. Jangan pergi. Jangan lari. Aku tidak mengejar. Aku hanya melihat. Bukan berdiam. Aku berdoa. Agar daging kecil dalam diri itu lembut memaafkan.

"Sedangkan hati membuka ikhlas menerima segala kesulitan,kenapa tidak mampu memaafkan"

Hapuskan dengki.
Buangkan dendam.
Sebarkan kemaafan.

Hanya lakukan dan tinggalkan. Mudah ?

Aku tahu,kau mampu.
Aku tahu,kau boleh.

Jalinkan. Terima kasih Pencipta.