Saturday, September 14, 2013

Jambatan sebenar


Rangkaian mata mula mencari. Menyelinap masuk disetiap celahan cahaya. Apa yang dicari ? Syurga katanya. Dia tersenyum melihatkan gelagat kawannya. Sentiasa ceria.

"Kalau kita tak cari,takkan dia pula datang nak cari kita"

Hiba dengan kata-2. Mungkin setaraf dengan apa yang ada di dadanya. Memiliki apa yang kurang aku miliki.

Cahaya kehidupan. Itulah ilmu.
Jambatan duniawi. Itulah ilmu.
Dakwah kebebasan. Itulah ilmu.

Sebesar lautan terbentang,tapi itu milik Pencipta. Tidakkah kau mahu menjadi salah seorang pencari dilautan yang terbentang luas dengan rezeki itu.

Tidak susah. Namun,tidak mudah. Carilah yang berguna,carilah yang bermanfaat untuk di sana. Semuanya ada. Kadang kita terlupa,ada satu buku yang mengandungi semua.

Apa ?

Masyhaf agung kiriman Pencipta. Kepada sekalian hamba. Al-Quran namanya. Itulah yang hakiki. Tapi,adakah diguna ? Atau hanya tersusun rapi begitu sahaja. Tersentap dengan ayat sendiri. Aku juga bukanlah sempurna. Masih mencuba mengisi segala ruang yang ada.

"Kalau tak sekarang,bila lagi ?"

Sekali lagi kata-2 terluah dari mulut sang jauhari. Tidak berdendam tapi itulah yang sepatotnya dirasa. Sungguh hebat dia melaungkan bicara. Memang lantas digelar sang singa. Hebat.

Mampukah aku menjadi singa juga ? Membaham mangsa dengan kata-2 mulia. Menyeru sekalian ke arah sebenarnya. Entah. Iman masih ditusuk tusuk dengan bisikan. Harus diperbaiki.

Kata sang pujangga,jadikanlah ia sebagai peneman duka lara. Sebagai penyembuh kepada duka,sebagai penyeri kepada suka. Carilah disetiap celahannya,pasti bermanfaat. Bukan sahaja kepada diri,malah kepada dunia.

Walau ilmu kejuruteraan aku kejarkan,namun dalam buku itu terdapatnya satu pengajaran dan pembelajaran. Semuanya telah diceritakan. Cuma tidak mampu terokainya sahaja. Belum lagi. Dah tu bila ? Cuba bertanya diri sendiri. Lagi sekali,terdiam dengan pertanyaan hati.

Dalam menyampaikan,hendaklah dilakukan. Aku juga tersilap. Masih dalam perubahan. Perlahan lahan.

"Jom !"


Pencarian


Sejenak itu suasana meninggalkan keheningan siang yang berlalu. Melahirkan hari yang baru. Sedangkan dia masih disitu. Menunggu. Begitulah harinya kebelakangan menanti penuh kesetiaan. Maka hari terus berlalu.

"Apa yang kau cari lagi tu ? Dah takde lagi dah"

Saat itu dia terduduk. Terdiam. Selantas fikirannya melayang meninggalkan realiti kehidupan. Melangkah meninggalkan jasad. Termenung di hadapan tikar baldu.

Adakah aku yang terlupa ?
Adakah aku yang terleka ?
Adakah aku yang sombong ?

Untuk melafazkan kesyukuran kepada Pencipta.
Untuk melahirkan tanda terima kasih kepada manusia.

"Benda dah tiada baru nak hargai ke ?"

Sekali lagi tikaman terus merusuk ke dalam jiwa. Mempertanyakan soalan kepada diri yang hina. Mampukah aku menjadi yang setia. Setia menghargai jasa mereka.

Nikmat itu telah aku miliki.
Nikmat itu telah pun pergi.

Masa ketiadaan baru dicari. Ah sungguh hinanya diri. Pujangga setia menantikan biduanda memperagakan seragamnya. Kerna nafsu yang mengawal,ditinggalnya begitu sahaja. Lepas tiada baru tersedar kehilangannya dihadapan mata.

Begitulah aku.
Bermula hidup baru tapi berpegangkan konsep manusia yang tidak pernah cukup dan puas hal dunia. Aku tertewas. Jalan yang aku suluh untuk menerangi akhirnya bertemu jalan mati. Tersepit ketika bermasalah.

Bila ada,kau hina.
Bila ada,kau caci.
Bila ada,kau lari.

Kini ?

Maka nikmat itu yang aku futurkan lantas Pencipta mengambilnya kembali. Sedangkan aku masih lagi memerlukan cahaya. Perjalanan masih jauh. Diilhamkan pula purnama menerangi kegusaran gelita. Jauh sudut itu dia menerima. Cuba merendahkan egoistiknya.

Aku lemah.

Gelas yang dibawa terjatuh dari genggamannya pula. Terhempas di atas batu. Berkecai. Bukan sahaja,tangan dan kaki juga terluka,berdarah. Memperlihatkan sahaja titisan itu mengalir. Itulah kesilapan lalu yang mengalir dicelahan luka itu.

Keteguhan hatinya sekian lama kini diuji dengan senjata sendiri. Tertewas tapi itulah cara melegakan. Tangisan.

Bersaksikan Pencipta.
Bertemankan tangisan.
Berhadapkan tujuan.

"Sungguh aku terlupa akan nikmat yang Engkau berikan dahulu. Kini aku meronta meminta. Tapi layakkah aku ?"

Penghargaan. Janganlah dinantikan kematian. Baru hendak melemahkan. Ego. Bukan kepada diri,tetapi kepada semua insani. Lihatlah kebesaran,selagi berpeluang. Jangan dilepaskan. Carilah ia dalam kehidupan.

-Andai aku gugur,carilah aku dalam ingatan. Aku disitu. Menunggu-