Saturday, February 15, 2014

Anak kunci


Andainya pelangi menceriakan suasana selepas hujan,apakah yang lebih menceriakan disaat mentari mula hilang dari pandangan ?

"Adakah hujan ini sebuah tangisan ?"

Mohon jangan pergi. Setelah hati ini lerai dari terkunci. Andai benar kata hati,ianya direlakan.

"Mungkin kita ditakdirkan. Atau,kita hanya sekadar pertemuan"

Untuk masa hadapan.

Jika pengakhirannya merupakan satu ikatan,hanya satu ucapan.

Syukran.

-Abdu' Qaiser- 000980167

Andainya


Buka mata. Syukur kehadap Pencipta masih dikurniakan nikmat yang sedia ada. Tidak tergambar jika salah satu nikmat itu dihilangkan dari jiwa dan raga.

Aku hanya tabah.
Aku hanya redha.
Aku hanya terima.

Setiap hembusan nafas ketika itu mempamerkan lemahnya jiwa menanggung peri kesakitan. Betapa rapuhnya raga mendirikan tubuh pemberian Pencipta untuk sementara.

"Andai dapat aku undurkan masa. Akan aku goncang segala isi dunia. Tapi,aku hanya lemah"

Mata terbuka. Saat degupan jantung beralun laju tanpa irama. Sungguh kencang. Cuba menenangkan diri untuk seketika. Menggagahkan diri menerima segalanya. Apabila muncul depan mata.

"Aduh !"

Sakit.

Batin hanya menjerit.
Zahir hanya tersepit.

Hari yang cukup gagah untuk menerima hakikat. Saat itu aku bermain dengan minda diselangi hasutan dusta syaitan durjana. Hati berbolak balik. Lemah. Sangat lemah. Hingga tiada kudrah menanggung derita itu.

"Jadi,macam mana ? Kau kan pandai. Mesti mumtaz"

Air mata berlinangan. 

Apatah lagi terpaksa berdepan dengan kebenaran. 
Apatah lagi hendak meluahkan.
Apatah lagi hendak mengongsikan.

Cuba menyalahkan. Namun tiada siapa mampu mengubah. Saat itu tidak mampu aku gambarkan. Kesedihan melihat rebahnya diri di medan perjuangan. Perang baru sahaja bermula,tapi aku adalah korban pertama. Dimanakah jasa. Dimanakah baktinya.

Sedih.

Melihat diri sendiri.
Melihat kelemahan diri
Melihat kejahilan diri.

"Apa yang dah jadi pada aku ? Manakah aku yang dahulu ?"

Maafkan aku. Maafkan anakmu. Bukan sengaja mengecewakan. Aku sudah lakukan yang terbaik. Yang termampu aku lakukan.

Setiap satu itu tak mampu aku miliki. Setiap satu itu. Mungkin belum tiba masanya. Kata-2 terbit dalam diri untuk menampung diri sendiri. Cuba. Cuba. Cuba. Cuba dan cuba. Bangkit semula. Perkataan yang masih lagi tiada hasilnya. Hanya kegagalan dipertemukan.

Ya Rabb.
"Aku tahu ini ujian. Aku tahu ini dugaan. Aku tahu berdosanya aku. Andai ujian ini untuk mendekatkan. Andai ujian ini untuk merindukan kasih yang semakin hilang. Andai ujian ini untuk menguatkan aku."

Aku redha.
Aku redha.

Kuatkanlah aku. Tabahkanlah aku. Aku mohon. Kerna dulu lidah ini meminta kepadaMu. Kini dan selepas ini. Masih setia mengharapkanMu. Sungguh aku tidak terdaya. Andai harini aku hidup,aku amat mensyukuri atas segalam pemberian ini.

Sukar hendak dilakukan. Membuka hati ini semula untuk menerima. Kekecewaan diri sendiri.

Masih ada sisa-2. Langkah rapuh menerima segalanya.

Aku redha wahai Pencipta. Kau lah sebaik baik perencana. Yang lalu. Yang kini. Yang lepas ini. Kau mengetahui segalanya.

Kuatkanlah aku.


Saturday, February 8, 2014

Cebisan nota


Tak. Tak perlu kau pergi sebab satu hari kematian akan buat kau kembali.

"Tiba masa untuk angkat kaki dan berlalu pergi"

Hanya ingat mati.
Hanya ingat Ilahi.

Lupakan duniawi.
Ya,pasti.


-Qhabil- 8965091

Thursday, February 6, 2014

Kekurangan


Langkah yang masih mencari. Kesan jejak yang masih dituruti. Sekali lagi Dirinya hadir berdepan dengan segala rasa. Jiwa yang rakus merindukan,hati yang lara bertemankan. Bukan. Hanya untuk mencari serpihan yang hilang. Dahulu.

"Kau tahu ? Sakit ini. Kau tahu ? Tidak. Kau cuma tahu yang aku masih hidup. Cukup"

Lelah meniti.
Lemah berdiri.
Longlai sendiri.

Tatkala luka lama dirobek kembali.
Tatkala sejarah silam mengungkit memori.

"Aku seperti berjalan di dunia yang bulat. Akhirnya kembali ke takuk lama"

Tapi sampai bila ?
Minda bermain dengan kata-2. Persoalan yang macam biasa. Seperti biasa. Masih tiada yang ingin menjawabnya. Aku hanya menjadi penari dalam cerpen ini. Aku hanya sebagai pelengkap watak dalam drama ini.

Tujuan aku ?
Masih kabur samar di hadapan. Permainan yang memerangkap diri. Segala noktah yang masih belum ke penghujungnya. Menjadi penyambung sebuah cerita yang sukar diakhiri. Atau,tidak tahu kesudahannya.

Hebat,tapi lumpuh minda.
Hebat,tapi lemah wirasa.
Hebat,tapi rapuh jiwa.

Ujian ini acapkali. Kerna nikmat memenuhi ruangan hingga jatuh tewas dipersimpangan. Lupa akan langkah perjalanan. Aku. Tewas dalam perhitungan. Lemah dalam perancangan sang Pencipta. Sedangkan ujiannya sama. Seperti sebelumnya.

Kerna aku leka.
Kerna aku lupa.
Kerna aku alpa.

Nikmat itu menjadi ujian.
Nikmat itu menjadi beban.

Sudahnya,
Aku rebah dalam bayangan.
Aku lemas dalam pergolakan.
Aku terkapai dalam penceritaan.

Berdiam seketika. Meninggalkan semuanya. Merendahkan ego yang tinggi melangit. Mencari khilaf disetiap celahan ingatan. Terkejap jumpa,terkejap tiada.

"Apa yang telah kau lakukan ? Cuba ingat balik. Ya,banyak salah yang kau lakukan"

Khilaf. Sedangkan aku juga insan. Tidak terlepas dari titik perhentian. Hentian dosa. Penat. Aku masih mencari penawar yang sempurna.

Perjalanan masih diteruskan. Walau singgah di banyak perhentian. Namun,di setiap perhentian terdapat kemudahan. Semoga lancar perjalanan. Untuk masa hadapan.

Dengan izin Pencipta aku masih bernyawa. Segala puji dan ketinggian kepada DIA.

Sunday, February 2, 2014

Sebuah penceritaan


Serba sedikit menjadikan kekuatan.
Serba sedikit menjadikan kelemahan.

Madah berkata melewati sang pria yang duduk kesepian di suatu sudut. Terlihat seakan hebat orangnya. Ingin sekali menegur lalu dibiarkan pergi. Anak matanya cuba memerhati pula disebuah sudut yang lain pula. Dia bangkit dari istirehatnya. Membawa bekalan yang sedikit meneruskan perjalanan.

Qhalaf meneruskan perjalanan. Dalam perjalanannya,bahu Qhalaf ditepuk. Dia menoleh.

"Sejahtera ke atas kamu saudara." kata seorang pemuda yang menepuk bahu Qhalaf sebentar tadi.

"Sejahtera juga ke atas kamu saudara" balas Qhalaf dengan senyuman.

Dalam hati Qhalaf terdetik seribu pertanyaan namun riak wajah itu disembunyikan. Berpakaian celoreng,kotor. Tangannya hitam akibat minyak hitam barangkali. Seluarnya yang agak sedikit koyak. Rambut yang kusut masai. Susuk tubuh yang agak kurus sedikit.

"Bolehkah kau tolong aku ?" pemuda itu menghentikan sangkaan Qhalaf seketika.

"Apa yang boleh aku tolong ?" Qhalaf berkata dengan agak sedikit curiga.

Lantas pemuda itu terus berjalan tanpa sebarang perkataan. Qhalaf mula merasa hairan. Sangkaan terus bermain dimindanya tanpa henti.

"Adakah orang ini gila ?" terdetik di hati Qhalaf.

Qhalaf yang berpakaian agak sedikit kemas. Baju berkolar dan disematkan kedalam seluar jeans itu menjadi pilihannya. Rambutnya yang tersusun rapi menyerlahkan kedudukannya. Namun,dia tidak bangga dengan semuanya. Apa yang dicari masih lagi mencari.

"Ke mana kita nak pergi ni ?" tanya pula Qhalaf kepada pemuda tersebut.

"Marilah kita ke istana" jawab pemuda tersebut tanpa memandang wajah Qhalaf.

Qhalaf semakin curiga.
Qhalaf semakin hairan.

Namun dia percaya akan Pencipta. Ketentuan takdirnya bertemu dengan pemuda ini dalam perjalanannya. Ada sesuatu disebalik pemuda ini yang masih dicurigai. Yang masih tersembunyi. Wajah pemuda itu ada serinya walaupun pakaiannya sebegitu.

"Kenapa kita berhenti ?" Qhalaf bertanya kepada si pemuda.

"Aku berhenti kerana aku penat." balas pemuda itu.

"Penat ? Tapi bukankah kita baru sahaja berjalan malah tidak sampai 100 meter lagi. Takpelah mari kita berehat di tepi dahulu." kata Qhalaf.

Lalu pemuda itu menoleh ke belakang. Senyuman terukir di wajahnya. Dia mendekati Qhalaf dan menepuk bahu Qhalaf.

"Inilah kehidupan. Baru sahaja bermula sebuah perjalanan sudah mengeluh kepenatan sedangkan destinasi masih berada dihadapan" terang pemuda itu.

Qhalaf agak sedikit bingung dengan kata-2 tersebut. Dia masih berdiam dan setia mendengar.

"Wahai saudara,kenapa kau berhenti apabila aku berhenti sedangkan aku menyatakan bahwa kita ingin ke istana ? Tidakkah kau patotnya menyuruh aku agar menyegerakan langkah aku. Dan aku berkata penat sedangkan langkah baru sahaja bermula tapi kau tidak menyarankan aku untuk teruskan melangkah sedangkan kau tahu tujuan kita adalah istana" madah si pemuda.

"Inilah penghijrahan. Istana itu syurga. Janganlah sesekali berhenti dari melangkah ingin mencapainya. Kau baru sahaja bermula. Maka kekalkanlah langkah ini. Istiqomah. Namun,dalam mendekati istana jangan pula kau tergesa gesa. Aku tahu kau sedang mencari sesuatu. Bersabarlah. Ini baru sahaja permulaan" tambah pemuda itu lagi.

"Tapi bagaimana kau tahu aku baru sahaja bermula ?" Qhalaf bertanya.

"Aku juga seperti kau dahulu. Aku juga pernah bemula suatu ketika dahulu. Beginilah aku. Terpinga pinga. Tetapi,aku berhenti kerana kelemahan iman sendiri. Aku berhenti kerana kebodohan diri. Aku abaikan nikmat yang diberikan. Aku mengabaikan tanggungjawab yang diberikan kerana harta. Dan akhirnya aku begini" jelas pemuda itu.

"Apa yang telah kau lakukan wahai pemuda ?" Qhalaf bertanya.

"Aku jahil dalam melakukan keputusan" balas pemuda itu dengan nada perlahan dan memalingkan wajahnya.

Qhalaf semakin pelik. Bingung dengan keadaan.

"Aku memilih dunia berbanding akhirat. Itulah kesilapan aku lakukan. Jadi aku ingin kongsikan. Hidayah ini telah kau miliki. Jangan kau persiakan. Peluang ini jangan kau abaikan. Teruskan hijrah kau ini." pemuda itu berkata dengan keyakinan.

"Tapi aku baru sahaja bermula. Aku masih lagi mencari. Aku masih mentah" Qhalaf berkata

"Dalam perjalanan kau nanti kau akan lebih matang. Ujian yang datang akan membuatkan kau lebih berfikir. Cuma ingat,jangan sesekali berhenti kerna ujian. Jangan sesekali berhenti kerana kegagalan. Lakukan keputusan." tegas pemuda itu.

"Tapi bagaimana aku ingin tahu jika aku melakukan kesilapan ?" Qhalaf terus bertanya.

"Suatu hari kau akan tahu. Hanya yakin kepada Pencipta" pemuda itu membalas kata-2 lalu berpusing dan menghilangkan diri.

"Tunggu !" Qhalaf berteriak.

Seluruh badannya berpeluh. Kepalanya sedikit bingung. Seakan realiti. Tapi ianya telah berulang kali. Qhalaf memandang pada jamnya. Baru sahaja pukul 3 pagi. Qhalaf terbangkit dari alam lenanya. Dia tidak menjangka mimpi yang diulangnya berturut turut mengejarnya. Adakah ini petunjuk ?

Qhalaf menyambung tidurnya.