Tuesday, December 24, 2013

Kesedaran refleksi


Jiwa yang rapuh. Masih lagi menanam duka. Jiwa yang kosong. Masih lagi menyemai baja. Untuk dirinya. Untuk sekaliannya. Untuk tujuan kehidupan.

Perlahan langkah menyusur pergi.

Saat gembira tiada lagi. Derita menjelma penanda keberanian diri. Hilang dari pandangan kabur. Menyelinap ke dalam kabus yang menebal. Berbekalkan yang sedikit,melawan musuh dalam kegelapan. Merantai kasih dalam dakapan. Aku cuba mencari kebenaran.

Langkah dilajukan.
Pergerakan dipercepatkan.
Senjata dipersiapkan.

Pedang dalam genggaman. Menantikan musuh muncul dihadapan. Penuh kesetiaan. Dalam dia menanti penuh ketekunan. Genggaman makin erat. Langkah terbuka rapi. Satu persatu berjaya ditumbangkan. Satu persatu berjaya dihadangkan. Seakan terbit sinar kejayaan.

Sekali lagi.

Tatkala riak menguasai diri. Tatkala bangga mula meresapi. Hilang arah perjuangan. Pedang yang dibawa menikam diri.

Kerna lemahnya azali. 
Kerna lemahnya kekuatan diri. 
Kerna lemahnya iman dihati.

Pedang itu kekuatan diri. Pedang itu pendamping. Kehebatan yang sementara. Dipikulkan kepada yang biasa. Bukan mudah. Namun tak susah. Kadang berat hingga terluka jari menjadi mangsa.

"Kenapa kau begitu lemah ?"

Persoalan demi persoalan. Dijawab dengan jua persoalan. Hanya mampu terdiam menyaksikan. Diri terus tenggelam di dasar lautan. Dalam. Bertemankan titisan bicara kata berterusan.

Dakwah itu kekuatan.
Dakwah itu kehebatan.
Dakwah itu pegangan.
Dakwah itu menyampaikan.
Dakwah itu peringatan.
Dakwah itu pedoman.

"Sampaikan dakwah melalui akhlak yang tulus."

Ternyata diri masih belum sempurna. Akhlak masih lagi dihujung dunia. Jauh sekali. Mungkin itu suatu kelemahan diri. Mungkin itu suatu keperluan dalam membaiki. Aku masih dalam pelukan. Aku masih dalam keulitan maya yang dipersendakan. Hanya sebuah penipuan semata.

"Tajdid niat. Sucikan"

"Kenapa kau lakukan ? Apa yang kau bawa ? "

Adakah dunia menjadi tawaran ?
Adakah syurga menjadi perhitungan ?

Perlahan pergi menyimpulkan kata-2. Melepaskan segala kesulitan. Melepaskan segala kerumitan.

Lancang berkata namun perilaku masih biasa. 
Berbisa bicara,namun akhlak entah kemana.

Melihatkan payung emas. Indah bukan ? Hanya dipandangan. Sedangakn kita tahu ianya kegunaan. Kerna ia bersalutan emas,kita tidak menggunakan. Sayang katanya. Renungkan.

Apa guna kehebatan jika masih diabaikan ?

Bantulah mereka ke hadapan. Lindungilah mereka. Bawa mereka bersama. Jangan ditinggalkan. Pedang itu masih mampu dibawa. Hanya berkarat. Gilaplah ia. Pasti bersinar sedia kala.

Jalan itu berliku. Jangan kau tangisi. Sabarlah wahai diri.

Sebuah titian



Senyuman itu mampu menyembunyikan segalanya.

Kepedihan.
Kesakitan.
Kesedihan.

Tapi,sampai bila. Dalam riang tersembunyi seribu kata. Kata yang tidak mampu terluah melalui bicara. Walhal dalamnya penuh sengketa. Penuh misteri yang masih dicari penyelesaiannya. Sebab itu aku berdiam.

"Kenapa kau berdiam ? Luahkan"

Walaupun wajah itu cuba untuk sembunyikan sesuatu,namun wajah itu juga yang menjelaskan sesuatu. Kesedihan itu mampu di lihat. Jeritan jiwa yang meronta. Cuba untuk melupakan kisah silam yang menjadi segalanya.

Jangan kau gusar.
Jangan kau salahkan.
Jangan kau risaukan.

Menangislah selagi kau mampu. Senyumlah selagi kau perlu. Setiap itu yang bernilai. Rahsia hati yang menjadi tanda tanya kepada semua. Bila dilihatkan wajahnya,sungguh tenang. Seperti tiada masalah. Tapi,dalam jiwanya ? Menjerit dan meronta.

"Kenapa kau masih tersenyum ?"

Hidup. Terlalu singkat untuk ditangisi. Kenapa perlu aku berduka ? Benar. Kecewa dengan diri sendiri. Bukan aku meminta,tapi beginilah ujian datang dari Pencipta. Baginya,kegembiraan manusia adalah kegembiraannya. Tidak menghiraukan dirinya. Terlalu pantas untuk meluahkan bicara. Maka dia pergi meluahkan rasa. Kepada Pencipta.

Kerna diri masih dirantai. Kerna diri masih mengintai. Akan dosa lalu yang membayangi. Akan kesilapan lalu yang masih belum ditebusi. Hadirkanlah diri. Menghadap Dia seorang diri.

Rendahkan pandanganmu
Rebahkan tubuhmu
Mulakan bicaramu

Hanya kepada Pencipta. Jangan disimpan. Jangan dipendam. Sebelum menjadi duri lebih baik kau lepaskan. Cukup kuat kau sehingga kini.

"Kenapa semua ini berlaku ?"

Jangan katakan. Jangan persalahkan. Biarlah ianya merebak didalam fikiran. Agar dapat jadi suatu pengajaran. Agar dapat jadi suatu pedoman. Masa hadapan.

Aku tahu kau sakit.
Aku tahu kau perit.

Dalam sebuah perjalanan wujudnya perhentian. Perhentian melepaskan kepenatan. Dan kembali dengan kesegaran. Jadilah bunga yang mekar dihalaman. Berduri dalam dan luaran. Sukar digenggam. Sukar dilepaskan.

Aku tahu kau mampu.

Carilah keredhaan. Carilah ketenangan. Disitu kau ketemu kejayaan. Carilah Pencipta. Disitu kau ketemu syurga.

Sebuah coretan


Di suatu sudut dia termenung. 
Di suatu sudut dia terdiam.

Hanya sebutir senyuman. Hanya secebis pandangan. Cukup menerangkan kegembiraan. Tidak mampu berseorangan. Itulah yang cuba diilhamkan.

"Terima kasih semuanya"

Dahulu,aku tinggalkan mereka.
Dahulu,aku pergi jauh dari mereka.
Dahulu,aku hilang dari mereka.

Bukan aku rela. Tapi inilah takdir Pencipta. Menentukan setiap kebaikan kepada hambaNya. Mulanya tidak ketahui akan hikmahnya. Sinarnya hanya terlihat pada penghujungnya. Mungkin sudah tiada. Tidak. Sedikit cebisan ditinggalkan di dalam hati. Tersembunyi.

Setelah itu dia kembali. Dia cuba meneruskan bersembunyi. Sembunyi menghilangkan diri. Sepi membawa diri. Sedangkan jiwanya kosong. Keseorangan. Tidak mampu hendak berdiri.

"Kau masih lagi kawan aku"

Terdetik jiwanya. Masih mampu untuk diterima sedangkan sudah jauh aku dari mereka. Mungkin inilah hikmahnya.

Dahulu jiwa meronta saat perginya bermula. 
Dahulu batin terseksa berjauhan dari segalanya.

Tidak. Pencipta itu Maha Kaya. Setiap rencana tersusun dengan indah belaka.

Disana,ilmu ditimba. Disini penantian yang setia. Menantikan kepulangan sahabat yang hilang melara.

Aku pergi,hanya sementara.
Aku pergi,hanya seketika. 

Kerna takdir Dia menentukan segalanya. Dan aku kembali. Mereka semua setia menanti. Menerima aku kembali seakan aku tidak pernah pergi. Pergi aku membawa seperjuangan dahulu. Bukan kerana suka. Tapi kerna seruan Pencipta. Kawan. Sahabat.

Mereka itu setia.
Mereka itu peneman.
Mereka itu sejati.

Kau pergi,kau kembali. Mereka masih menanti. Kau pergi,kau kembali. Mereka masih mencari. Jadilah diri dalam keuntungan. Memiliki sesuatu yang dicari sekalian. Jangan dibiarkan. Jangan dilepaskan. Rantai kasih itu.

"Jadilah seperti sahabat-2 yang menjadi peneman kepada seperjuangan"

Nafas itu ditarik dan dihembus kerana Dia selalu memberi kenikmatan ini. Andai aku terlupa akan nikmat yang diberikan,Dia tetap memerhati. Andai dalam kegembiraan aku masih lupa. Andai dalam kesedihan aku masih terlupa. Terima kasih wahai Pencipta. Mengurniakan selengkapnya.

"Tidak. Kau tidak bersendirian. Aku kan ada. Aku sebagai teman"

Senyum.

Sunday, December 22, 2013

Suatu pertanyaan



Rebah disitu. Terpanah dengan suasana. Seakan terhenti nafas seketika. Pelbagai persoalan bermain di minda.

"Adakah aku menjadi punca ?"

Dorongan yang membawa kepada penyesalan.

Adakah ini suratan ?
Adakah ini takdir ?
Adakah ini kebetulan ?

Fikiran melayang. Rancak bermain dengan angan-2. Adakah takdir yang inin dipersalahkan. Wujudnya suatu penyesalan. Bermain di fikiran pelbagai persoalan.

"Kenapa mesti aku ?"
"Kenapa masa tu ?"
"Kenapa dengan aku ?"

Rapuh berdiri. Apatah lagi hendak berlari. Masalah yang tiba datang bertubi tubi. Adakah aku yang menjadi punca kepada masalah ini ?

Dilema bermain dalam diri. Pilihan ini seakan tidak memberi. Wajarkah aku menyalahkan diri sendiri sedangkan ini yang telah disurati. Aku hanya merencana,Pencipta menentukan segalanya. Cuba menenangkan jiwa yang sedang berlara. Cuba menenangkan hati yang bersengketa.

Maafkan aku,aku buat mereka kecewa.
Maafkan aku,aku buat mereka susah.
Maafkan aku,aku buat mereka gelisah.

Dalam diam aku memerhati. Dalam diam aku cuba untuk merungkai setiap satunya. Masih tiada. Langkah terus maju kehadapan. Menyaksikan kepingan jiwa berterbangan. Merasakan suatu pemergian.

Mungkin inilah satu pengorbanan. Bukan secara terang terangan.

"Adakah kau ingin menyalahkan takdir ?"

Diam dirinya. Mati dengan kata-2. Terkedu merasakan dirinya yang hina. Lemah. Bukan aku menyalahkan. Malah aku terima ini sebagai ujian. Aku terima ini sebagai satu dugaan. Untuk menguatkan. Aku hilang dari pandangan.

Tegak berdiri melihatkan saksara yang halus menuruni. Lembut gemalai sang penari. Sang kemudi melayarkan bahtera terus menuju ke destinasi. Melihatkan tanah besar yang semakin dihampiri. Kelajuan bahtera terus meninggi. Seketika kemudian,hanyalah sebuah pulau. Pulau terpencil disitu. Kekesalan terbit diwajah sang kemudi bahtera.

Maka dijadikan pulau itu suatu destinasi. 
Maka dijadikan pulau itu suatu permulaan.
Maka dijadikan pulau itu suatu kemajuan.

Begitulah kehidupan. Permulaan yang tidak disangkakan.


Bermulanya dengan biasa,diakhiri dengan sederhana,ditinggalkan dengan sempurna.

Kita berhak membuat pilihan. Hanya lakukan ke arah kebenaran. Pilih yang membawa kau ke arah kemajuan. Kemajuan terhadap pegangan. Jangan dikunci. Biarkan ia terbuka agar kau tidak dirantai dengan kesilapan.

Majulah kehadapan. Jangan dipersiakan. Jangan lagi dipersoalkan. Pencipta telah menentukan.

Teruskan perjuangan



Rindu itu semakin semarak pergi meninggalkan keheningan malam. Pergi membawa segala yang ditinggalkan. Dahulu. Apa yang kau tinggalkan. Segalanya masih tersimpan.

"Ke mana kau menghilang ?"

"Aku pergi membetulkan diri"

Segala pujian bagi Pencipta. Syukur ke hadrat Tuhan Yang Esa. Hidayah itu milikNya. Melihatkan seorang sahabat yang dahulunya tewas,kini kembali dengan ganas. Ganas dalam membawa pegangan hidup yang sempurna.

Aku tahu kau mampu. Sebab itu aku katakan dahulu. Dan kini. Kau kembali. Walau riak wajah itu kau cuba sembunyi. Baguslah. Kau sudah sebegini. Hijrah kau telah diisi.

Dahulu,kini tiada lagi. Lembaran baru bagi kau memulakan segala perjalanan kehidupan. Seakan kupu-2. Hilang dan bersembunyi dalam kepompong. Dan kembali separti sebuah kelahiran. Sungguh indah dipandangan.

Teruskan.
Perjuangkan.
Habiskan.

Segala sisa kehidupan kau sebegini. Pergilah kau mencari redha Ilahi. Aku melihat. Dari sini. Melihatkan kehebatan kau telah kembali. Sedangkan aku,masih begini.

"Hidayah itu milik Pencipta. Akan tiba suatu hari. "

Dalam menyaksikan kegemilangan perwira istana,dia bersembunyi. Melihatkan setiap gerak geri. Memperlahankan serangan. Bukan kepenatan,hanya mencari kesesuaian. Hanya mencari sedikit cebisan yang hilang.

Inilah yang kau cari.
Inilah yang kau perlu.
Inilah yang kau rindu.

Sentuhan kasih sayang Pencipta. Kini menjadi miliknya. Luaskan pemikiran. Melangkah maju kehadapan. Jangan berpaling lagi. Teruskan. Akan aku menyusul.

"Nantikan aku di syurgamu. Tempatkan aku dalam ruangan doamu"

Sepertimana aku menempatkan nama kau di dalam ruangan khalimah aku.

Semoga kau disisiNya selalu. Teruskan hijrah ini.

Saturday, December 21, 2013

Suatu pandangan


Nafasnya dihela. Merenung ke luar jendela. Jauh pandangannya menyelinap ke seluruh pelusuk sedia dihadapan. Begitulah jauh perjalanan kisahnya.

"Macam mana tadi ? Dapat jawab tak ?"

Pertanyaan itu. Puas dibalas dengan kata-2 tipu. Seolah menyembunyikan sesuatu. Ya,memang ada sesuatu tersembunyi disitu. Hanya dipendam. Senyuman mengukir. Wajah seri dipamer. Sedang dia menanti,kehadiran kata-2 pembangkit.

Aku tahu, kau kuat.
Aku tahu, kau boleh.
Aku tahu, kau mampu.

Redha. Diam dia kerana mengerti akan apa yang terperi. Mula bicara hati. Jiwanya menjerit meronta. Hanya Pencipta ketahui. Menangis seakan tiada lagi hari. Seakan hilangnya diri sendiri. Biarlah. Itu yang akan memuaskan kau.

Dalam diri menasihat. Tetapi terluka. Hatinya juga merasa benda yang sama. Kejatuhan.

Aku jatuh.
Aku bangkit.

Dan kini jatuh kembali.

Nafas seperti makin menghilang. Penatnya seakan terasa sekali disudut hati.

"Aku dah penat asyik nak bangkit. Sampai bila ?"

Dalam menuntut ilmu ada kesusahan. Ada kepayahan. Tak semua mudah. Namun aku terlupa. Kadang aku menganggap ianya biasa. Mungkin diri ini terbawa bawa hingga terlupa. Aku manusia.

Aku lupa.
Aku alpa.

Ilmu yang aku cari. Aku tewas. Sedangkan pandangan jauh itu masih tidak henti dilakukan. Masih mencari disetiap celahan. Jauh lagi perjalanan. Jiwa ini berkeinginan. Melihat kejayaan insan lain menjadi miliknya. Sedang mencuba meraih kembali.

"Apa lagi yang kau mahukan ? "

Aku lemah.

Melihatkan tewasnya dalam pertempuran.
Melihatkan lemasnya dalam rintangan.
Melihatkan tumbangnya dalam perjuangan.

Aku hendak bangkit. Aku masih perlukan bantuan. Masih perlukan kebijaksanaan. Aku cintakan ilmu. Tetapi seakan ada sesuatu. Sesuatu yang tersembunyi di situ. Kegagalan. Banyak sudah aku tempuh. Sehinggakan hati ini menjadi rapuh.

"Wahai Pencipta,berilah aku kekuatan untuk aku tempuh segalanya. Sucikan niat aku dalam mencari ilmuMu"


Semoga segalanya dipermudahkan.
6/1/2014 dan 9/1/2014.