Saturday, December 21, 2013

Suatu pandangan


Nafasnya dihela. Merenung ke luar jendela. Jauh pandangannya menyelinap ke seluruh pelusuk sedia dihadapan. Begitulah jauh perjalanan kisahnya.

"Macam mana tadi ? Dapat jawab tak ?"

Pertanyaan itu. Puas dibalas dengan kata-2 tipu. Seolah menyembunyikan sesuatu. Ya,memang ada sesuatu tersembunyi disitu. Hanya dipendam. Senyuman mengukir. Wajah seri dipamer. Sedang dia menanti,kehadiran kata-2 pembangkit.

Aku tahu, kau kuat.
Aku tahu, kau boleh.
Aku tahu, kau mampu.

Redha. Diam dia kerana mengerti akan apa yang terperi. Mula bicara hati. Jiwanya menjerit meronta. Hanya Pencipta ketahui. Menangis seakan tiada lagi hari. Seakan hilangnya diri sendiri. Biarlah. Itu yang akan memuaskan kau.

Dalam diri menasihat. Tetapi terluka. Hatinya juga merasa benda yang sama. Kejatuhan.

Aku jatuh.
Aku bangkit.

Dan kini jatuh kembali.

Nafas seperti makin menghilang. Penatnya seakan terasa sekali disudut hati.

"Aku dah penat asyik nak bangkit. Sampai bila ?"

Dalam menuntut ilmu ada kesusahan. Ada kepayahan. Tak semua mudah. Namun aku terlupa. Kadang aku menganggap ianya biasa. Mungkin diri ini terbawa bawa hingga terlupa. Aku manusia.

Aku lupa.
Aku alpa.

Ilmu yang aku cari. Aku tewas. Sedangkan pandangan jauh itu masih tidak henti dilakukan. Masih mencari disetiap celahan. Jauh lagi perjalanan. Jiwa ini berkeinginan. Melihat kejayaan insan lain menjadi miliknya. Sedang mencuba meraih kembali.

"Apa lagi yang kau mahukan ? "

Aku lemah.

Melihatkan tewasnya dalam pertempuran.
Melihatkan lemasnya dalam rintangan.
Melihatkan tumbangnya dalam perjuangan.

Aku hendak bangkit. Aku masih perlukan bantuan. Masih perlukan kebijaksanaan. Aku cintakan ilmu. Tetapi seakan ada sesuatu. Sesuatu yang tersembunyi di situ. Kegagalan. Banyak sudah aku tempuh. Sehinggakan hati ini menjadi rapuh.

"Wahai Pencipta,berilah aku kekuatan untuk aku tempuh segalanya. Sucikan niat aku dalam mencari ilmuMu"


Semoga segalanya dipermudahkan.
6/1/2014 dan 9/1/2014.

No comments:

Post a Comment