Sunday, June 30, 2013

Hembusan


Hari itu tidak seperti biasa. Dia mendongak memandang ke langit. Gelap. Titisan air jernih menitis membasahi bumi bertuah. Suasana suram itu seolah amat memahami perasaan yang dialami pujangga yang duduk di anak tangga melihatkan ciptaan Pencipta. Hari itu hatinya sedang menangis. Kenapa ? Persoalan yang masih lagi tiada jawapannya.

"Kenapa aku bersedih ?"

Hatinya bertanya.

Persoalan yang tiada jawapannya.
Persoalan yang sentiasa ditanya.
Persoalan yang tidak terungkai oleh sesiapa.

Dalam tidak sedar,dia telah mengeluh. Tiada senyuman diwajahnya seperti hari-2 biasanya. Tiada sesipa yang menghiraukannya. Ya,tiada sesiapa melainkan Pencipta yang Maha Mengetahui segala yang tersembunyi. Dia cuba untuk menceriakan suasana tapi tetap tidak berubah. Hatinya terus menangis. Terdetik di hatinya.

Adakah perasaan sedih ini satu dugaan ?
Adakah perasaan sedih ini satu nikmat ?

Ya,nikmat yang terdapat setiap satu kebaikannya. Mungkin kesedihan ini membawakan pujangga sentiasa mengingati Pencipta. Sentiasa mengharapkan Pencipta. Lebih mendekatkan dirinya kepada Pencipta.

"Andainya kesedihan ini suatu dugaan,Kau tabahkanlah hati ini. Andainya kesedihan ini suatu nikmat,Kau ingatkanlah aku supaya aku tak terlupa"

Hatinya terus terdetik.

"Aku tidak boleh lemah !"

Pujangga cuba menaikkan semangatnya semula. Dia tahu,kalau dia lemah,dia mungkin tewas dalam perjuangannya,dia mungkin tewas dalam penghijrahannya. Itulah ujian,itulah dugaan.

Ujian untuk menguatkannya.
Ujian untuk mengingatkannya.
Ujian untuk menabahkannya.

Kenapa mesti aku ? Kenapa mesti aku yang diduga ? Perjalanan ini masih jauh tapi bebanan di bahu semakin berat. Berat untuk memikul. Terfikir di hatinya untuk berputus asa,tapi iman cuba mempertahankannya. Dalam menongkah kehidupan,dugaan perlu untuk menguatkannya. Untuk memperkukuhkannya.

Ujian menjadi nikmat.

Sebab itu munculnya pelangi selepas hujan. Semoga kau temui kegembiraan setelah sekian kesedihan yang kau lalui. Aku tahu kesedihan kau,aku tahu kelukaan hati kau. Sabarlah kawan.

Bukan sekarang,mungkin suatu hari nanti. 
Bukan menyalahkan,tapi untuk menunjukkan kebenaran.
Bukan berdusta,tapi mungkin kalam yang hina.

Aku minta maaf. Aku tidak sempurna. Masih cacat mencari kesempurnaan. Masih terhina mencari kesucian.
Begitulah takdirnya. Setiap yang ada pasti ada penghujungnya. Aku ingin berkata sesuatu tapi diam lebih elok dari memperagakan kata-2. Biarlah keadaan yang menjadi bukti segalanya,biarlah pengalaman yang menjadi pengajar.

Waktu terus berlalu meninggalkan kesiangan harinya. Awan tidak lagi mengalirkan airmata. Kalam ini yang hina. Tapi suatu hari ianya yang menerangkan dusta. Tidak katakan ya. Namun hati yang sedih mahupun gembira hanya Pencipta yang setia mendengarnya.

"Maka beruntunglah bagi mereka yang bersabar". Jika nikmat menjadikan kau lupa,maka ujian menjadikan kau terus terleka. Bangkitlah diri,semarakkan perjuangan.



Tuesday, June 25, 2013

Pengakhiran


Tidak pernah terniat dihatinya untuk menyalahkan sesiapa. Tidak pernah. Dia sentiasa menyalahkan dirinya sendiri. Baginya,kegembiraannya apabila melihat orang lain gembira. Senyumannya apabila melihat orang lain tersenyum. Masih penat melihatkan kerakusan manusia menggondam segala ciptaan Pencipta tanpa rasa salah terhadap alam mahupun sesama manusia. Aku percaya setiap ujian ada hikmahnya. Sang Pencipta maha Bijaksana. Dia tahu mana yang terbaik dan termampu untuk hambanya.

Diam seorang hamba bukan kerana bisu.
Diam seorang hamba bukan kerana lemah.
Diam seorang hamba bukan kerana hina.

Pujangga masih berdiam disitu. Pandangannya tepat melihatkan titisan air yang jatuh dari langit. Alhamdulillah. Khalimah yang tidak lekang dari bibirnya. Senyumannya terukir diwajahnya. Seperti hatinya berbisik.

"Setiap kedukaan akan ada penghujungnya. Dan penghujungnya adalah kegembiraan"

Alhamdulillah.
Pencipta telah menurunkan ujian yang hebat kepada hambanya. Jerebu. Hal yang masih tidak lekang menjadi sambutan dan tatapan para manusia yang tidak pernah kenal erti sabar dan syukur. Sabar dengan ujianNya,dan syukur dengan nikmatNya. Setelah sekian lama alam fana ini kering tanpa sebarang titisan air yang keluar mengalir dari tebing awan yang sayu,tapi harini Pencipta mengurniakan nikmat kepada hamba-2Nya.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Begitulah penghujung bagi kedukaan dan ujian.

"Adakah ujian dalam diri ini akan berakhir dengan kegembiraan atau akan berakhir dengan kesedihan?"

Hati tamarnya berbisik. Pucuk hatinya sedar akan kelemahan iman dalam dirinya. Aku yang masih hina sentiasa mengharapkan keampunan Pencipta. Masih menantikan keredhaan Pencipta. Niat dihati inginkan hijrah yang sempurna namun ujian terus datang berbala-bala. Bukan mengeluh atau berputus asa,cuma sedikit kekuatan yang diperlukannya.

Kekuatan untuk membawa pedangnya.
Kekuatan untuk menanggung dosanya.
Kekuatan untuk kembali kepada Pencipta.

Ternyata iman masih lemah. Kudrat tidak terdaya. Ujian yang datang masih aku syukuri. Ujian tidaklah sehebat mana tapi aku telah tumpas mencecah ke bumi. Bagi pujangga ujian ini adalah penghapus dosanya yang lalu. Ini juga mungkin pembalasan bagi dosanya yang lalu. Wahai Pencipta,

Andai ujian ini melemahkan aku,Kau KUATKANLAH aku.
Andai ujian ini melupakan aku,Kau INGATKANLAH aku.
Andai ujian ini menyulitkan aku,Kau PERMUDAHKANLAH aku.

Rumpun hati ini cukup setia menantikannya. Perasaan ini terus bergelora. Mencari siapa ? Entahlah. Tiada noktahnya. Hujah yang dibawa masih lemah untuk memperihalkan kalam-2 Pencipta apakan daya. Ilmu agama dalam dirinya hanya setitis air dilautan. Tidak tertanggung saki bakinya untuk mempejuangkannya. Hanya diri yang lemah ditawarkan dan dikorbankan dalam perjuangan ini. Tewas atau menang,bukanlah perihalnya tapi hujahnya itu yang penting sampai atau tidak kepada sekaliannya.

Lafaz kesyukuran kepada Pencipta mengkurniakan anugerah kepada sekalian hambanya yang masih lagi berduka.

Alhamdulillah.

Monday, June 24, 2013

Angka


"Relax la bro,kau masih muda. Lama lagi nak mati. Kita enjoy dulu !"
Alhamdulillah masih dikurniakan nafas untuk melihat indahnya ciptaan Pencipta. "Aku masih muda". Ya kawan aku masih muda. Masih 19 tahun. Tapi,umur itu hanya sekadar angka. Tidak berganjak ajal itu berfaktorkan umur sahaja. Saat terkujurnya badan seseorang hamba dibaluti kain putih yang suci itu adalah rahsia Pencipta. Kita manusia hanya bersedia. Bukan kita tak boleh langsung berceria,bergembira tapi ada hadnya kan.

Biarpun bergembira,INGATLAH MATI.
Biarpun berseronok,INGATLAH MATI.
Biarpun sibuk,INGATLAH MATI.

Ingat mati menjadikan iman kita lebih kukuh. Lebih bersedia dan tawaduk menghadap Pencipta. Bukan usia yang menentukan ajal maut seseorang hamba,tapi Dia yang menentukannya.

Nafas panjang pujangga lepaskan. Dalam dia sedang bergembira,dalam sedang dia lupa,dalam sedang dia leka dengan dunia,berbisik ditelinganya satu khabar yang cukup sayu. Khabar yang sukar diterima kenyataannya. Aku masih leka bersama kawan aku. Dalam kami berseronok,berdeing salah satu telefon kepunyaan kawan aku.

"Wey kenal Farhan tak ?" Dia hanya berkata YA dan menantikan berita selanjutmya.
"Farhan dah meninggal." Wajahnya sedikit berubah.

Suasana menjadi suram.
Tawa menjadi kelam.
Gembira menjadi duka.

Aku yang ketika itu berada hampir dengannya seakan tidak percaya akan berita yang baru sahaja berlalu melintasi gegendang telinga aku. Aku memang tidak rapat dengan arwah tapi kami saling mengenali. Masih tidak dapat meletakkan kepercayaan di hati ini lantas aku menghubungi teman yang lain dan jawapannya tetap sama. Hati aku berasa takut. Sedangkan aku leka,tapi ada kawan aku yang telah pergi menghadap Pencipta. Ini bukanlah kali pertama kawan yang sebaya dengan aku pergi,masa di kampus Puncak Alam juga aku kehilangan seorang kawan sekelas,sebelah rumah yang perginya seolah tidak percaya. Paginya bersama aku,petangnya hilang selamanya. Cukup sekejap.

"Andai gugurnya daun di Luh Mahfuz,maka bersedialah kamu untuk menghadapi satu peristiwa yang dasyat,satu kesakitan yang tersakit,satu pemergian untuk selamanya dan itulah KEMATIAN"

Suasana menjadi sunyi.

Bukan hendak menakutkan. Hanya untuk peringatan.

Adakah angka ini terus membilang ?
Adakah angka ini terus terbiar ?
Adakah angka ini menjadi ukur ?

Angka yang kita tidak ketahui bila masa ajal menjemput kita. Pujangga tidaklah sempurna,dosa masih lagi berada,iman masih lagi goyah. Aku masih manusia dan masih melakukan kesilapan. Andainya ajal menjemput aku,hanya redha yang diterima. Siapalah aku hendak menghalang takdir Pencipta.

Kawan. Kucupan terakhir itu adalah satu penghormatan untukmu. Aku memberanikan diri untuk melakukan demikian. Walaupun tidak mampu untuk mengusung kau hingga ke liang lahad,harap aku masih mampu menjalankan penghormatan terakhir yang terbaik yang mampu aku buat untuk kau.

Kita tidak mampu menghalang takdir. Bila tiba masanya,kita akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Hanya Pencipta yang kekal. Kita hanya sementara. Hati ini gelap. Hati ini makin banyak titik hitamnya. Dosa sentiasa mengiringi aku. Aku insan yang berdosa. Tapi aku tahu,Pencipta itu maha Pengampun. Mudah mudahan aku tidak tergolong dalam golongan yang rugi di sana kelak.

Wahai kawan-2,andai insan yang terbujur kaku dan berbalut kain putih itu adalah aku.

Aku tidak meminta lebih dari itu. 
Aku tidak meminta wang dari kamu. 
Aku tidak meminta harta dari kamu.

Tapi apa aku minta.

Kau sembahyangkanlah aku dengan ikhlas.
Kau usunglah jenazah aku dengan ikhlas.
Kau ampunkanlah kesilapan aku dengan ikhlas.
Kau doakanlah aku dengan ikhlas.

Ingatlah kawan,umur bukanlah penghalang kepada mati. Tidak semestinya tidak boleh bergembira. Boleh kawan. Tapi ingatlah,mati itu kepastian dan bukan gurauan. Relakanlah pemergiannya. Ingatlah mati,dan bersedialah menghadapi mati.

Moga roh kau tenang disana kawan. Al-Fatihah


Sunday, June 23, 2013

Sebuah Perjalanan


Hari yang dilalui masih seperti biasa. Temannya masih berdiri di situ. Di sisinya. Sedangkan pujangga melihat kedepan sambil seteguk air sejuk melewati halkum keringnya.

"Kita rehat kejaplah dulu ye" Kata-2 yang terluah dari wajah sahabat yang keletihan itu. Aku hanya tersenyum. Tubuh yang lemah itu direbahkan di bawah pohon. Sahabat itu ke pohon yang lain. Aku dapat rasakan kekacauan di hatinya. Aku mendiamkan diri. Pandangan aku terus tajam melihat ke hadapan.

"Jauh lagi perjalanan aku" 
Semoga dipermudahkan urusan aku. Pencipta maha Melihat. Aku hanya berdiam memikirkan masa depan aku. "Masihkah aku layak untuk diterima?" Hatinya mula melara. Pedang yang pujangga bawa cukup berat. Dia masih dalam proses perpindahan. Pedang itu masih belum memulakan kepincangannya. Bagi pujangga.dia kenalah berubah dahulu sebelum dia mengubah orang lain. Hatinya berbicara.

Dahulu aku pernah terjatuh.
Dahulu aku bodoh.
Dahulu aku hanyut.

Bukan menghina diri tapi itulah hakikatnya mengenangkan zaman silamnya. Dia terus menarik nafas panjang.

"Wahai Pencipta,layakkah aku diberi peluang setelah aku berpaling jauh suatu ketika dahulu. Pengalaman lalu masih menghantui diri aku."

Aku hina wahai Pencipta.
Aku jahat wahai Pencipta.
Aku tamak wahai Pencipta.

Mengalir titisan jernih dipipinya. Bukan dia lemah,tapi dia memikirkan kehidupan lalunya yang diselubungi dosa. Peluang yang lalu telah dikecewakan. Ya,ini bukan peluang kedua tapi ini peluang yang entah ke berapa baginya. Dahulu aku pernah berhijrah,tapi iman cukup lemah. Aku tewas. Dahulu aku pernah berhijrah lagi. Dan masa itu hijrah yang cukup jauh. Membawa hati yang lara bukan kerana sesiapa tapi kerana kehendak Pencipta. Aku tahu Dia merencana yang terbaik untuk aku.

Aku masih lemah. Hijrah aku masih tergantung disitu. Masih berbelah bahagi antara dosa silam aku. Inilah hasutan syaitan. Hati gelap menjadi terang baginya. Hati yang mati menjadi punca baginya. Teringat nasihat seorang teman pujangga yang kini telah berhijrah sepenuhnya. Alhamdulillah. Katanya.

"Di sekolah dahulu adalah pusat latihan bagi kita,di luar inilah medan peperangannya. Di sini lah yang menentukan kita menang atau kalah"

Aku terdiam dan melihat dia pergi dengan sayunya.

Keputusannya,aku telah kalah buat kali seterusnya. Aku tertewas. Teman itu masih di situ,menantikan kehadiran aku menemaninya memperjuangkan kebenaran yang hakiki. Pedangnya sudah cukup hebat. Sekali dikeluarkan,cahaya berkilauan. Sekali dilibas,ramai yang tumpas. Tumpas bukan kerana tewas,tapi tumpas dengan kata-2 yang penuh hikmahnya,kata-2 yang penuh ajakannya. Sedangkan pedang aku yang dahulu pernah berkilau tapi kini karat. Aku cuba untuk menggilapnya semula. Masih lagi tidak bercahaya.

Aku insan yang lemah
Aku insan yang mudah mengalah.
Aku insan yang tewas.

Aku cuba bangkit. Wahai kawan,

Bawalah aku menunggang kudamu.
Bawalah aku jauh dari lembah penghinaan. 
Bawalah aku mendekati Pencipta semula.

"Kalau zaman silam kita hitam,maka putihkanlah. Kalau zaman silam kita putih,maka kekalkanlah keputihannya"

Mari semua. Putihkan sejarah kita. Kekalkankan momentum kita. Mulakan pacuan kita. Hidupkan tauladan kita. Bangkitkan seruan kita. Kuatkan kalam Pencipta. Bangunkan sunnah baginda. Mulakan langkah baru. Langkah yang dimulakan dengan Bismillah setiap masa,langkah yang diakhiri dengan Alhamdulillah setiap penghujungnya.

Marilah semua.


Saturday, June 22, 2013

Refleksi Diri


Kasihnya ke syurga.
Menatap wajahnya berpahala.
Mentaatinya kewajipan.
Merinduinya ketika berjauhan.
Mengingatinya satu kegembiraan.
Dia.
Masih disitu menantikan hadirnya seseorang menyentuh lembut tangannya. Melemparkan senyuman kepadanya tanda sayangkannya. Raut wajah yang masih ayu dengan senyuman manis. Masih menunggu pulangnya sang pujangga. Hatinya tiada ketahui sesiapa melainkan Pencipta. Menahan perasaan rindu yang tak terkata.

"Ah,malaslah aku !"
"Sakitnya telinga aku ni dengar kau bebel !"
"Diamlah !!"

Lemparan hina itu terkena menusuk ke dalam diri dia. Sedangkan dia benar-2 sayangkan kita tapi pengorbanan itu dihinakan,dikejikan,diendahkan.
Ya,dia yang aku maksudkan adalah seorang wanita yang cukup hebat.

Dialah bonda kita.
Dialah umi kita.
Dialah ibu kita.
Dialah emak kita.
Dialah mama kita.

Tapi kenapa ? Kenapa kau begitu ? Kau lakukannya seperti dia kawan kau.

Sampai hati kau menghinanya.
Sampai hati kau menendangnya.
Sampai hati kau menamparnya.

"Siapakah kau?"

Aku hanya terdiam. Pernah terdetik di hati ini berkata sedemikian tapi tidak pernah terluah mahupun terlakukan. Fikirannya pujangga mula melayang. Memikirkan dirinya yang penuh dengan dosa. Soalan bermain difikirannya

"Bagaimana kau boleh menghina orang yang telah melahirakan kau,membesarkan kau,dan mendidik kau?"

Riaknya kau.
Takburnya kau.
Sombongnya kau.
Kejamnya kau.

"Sejahat manapun dia,dia tetap ibu kamu"
Tidak mustahil suatu hari nanti anak kau akan membalas perbuatan yang sama dekat kau. Pencipta maha Adil.

Seraya pujangga sejenak berfikir. Walaupun aku tidak sedemikian,aku pernah melukakan hatinya. Aku pernah melakukan dosa kepadanya. Tapi dalam hati ini,benar sungguh memerlukannya. Tidak dapat memiliki yang lain sehebat nya. Merenungkan teman-2 yang sudah lama kehilangan kasih sayang seorang ibu,benar-2 menyentuh hati kecil ini.

Dahulu aku bodoh,kau didik aku.
Dahulu aku sakit,kau jaga aku.
Dahulu aku jatuh,kau angkat aku.

Alhamdulillah,Pencipta memberikan aku nikmat yang tidak terhingga. Rasa kesyukuran tidak mampu dilafazkan setiap hari apabila melihat wajah manis itu masih berdiri dihadapan aku,melemparkan senyuman yang manis walaupun hatinya sayu kepedihan. Menatap wajahnya sudah cukup memberikan kita pahala. Mudah kan ? Pencipta itu sayangkan kita.

Wahai sekalian,hargailah ibumu sementara masih berpeluang. Maafkanlah kesilapannya.

Marahnya kerana sayang.
Tegurnya kerana nasihat.
Letehannya kerana peringatan.

Bersyukurlah. Walau kita berjauhan,cukuplah mengingatinya. Lebih sekadar cukup jika menghubunginya. Sedekahkan Al Fatihah kepadanya. Tidak susah. Aku pernah terlupa. Apa kan daya,iman didada tidak sekuat nafsu yang bergelora. Sifat marah senang menguasai diri ini. Aku hanya insan yang lemah,insan yang mudah lupa siapa aku sebenarnya. Memanglah tidak pernah menzahirkan melalui perbuatan mahupun percakapan,tapi tidak sesekali berniat untuk aku lakukan sedemikian.

Kalam si pujangga menuntutkan keampunan kepada bonda merestui segala yang tersedia ketika pujangga masih muda dahulu. Walaupun tidak berkata,hati ini sentiasa mengharapkan doa dan restu untuk pujangga berjaya di dunia yang fana ini dan akhirat yang kekal di sana.

Terima kasih bonda. Mohonlah keampunan selagi berkesempatan. Hargailah selagi masih nyawa dikandung badan.

Thursday, June 20, 2013

Cermin Rahsia


Di pagi hari,pujangga bersandar. Berbekalkan secawan minuman panas yang jerih pahit melalui halkumnya. Aku terus menelannya. Dia termenung. Begitulah pahit kehidupan persis minumannya.
"Akukah yang kau katakan dusta?"
Terdetik sejenak perasaan di sudut hati kecilnya yang sudah lama terluka. Ingin disampaikan melalui bicara,tapi tidak berdaya. Maka nukilan ini tercipta untuk mewarkahkan kebenaran yang sengketa.

Kawan,
Kau hadir dalam diri dia dan kini kau pergi tinggalkan pujangga. Manis bicara kau ketika itu. Pujangga terima kau dengan niat ingin membantu. Tidak lebih dari itu.

Kau terjatuh.
Kau terleka dengan dunia.
Kau terluka.

Kata kawan "Pencipta menghantar pujangga untuk menjadi pendengar yang setia,untuk menyambut aku ketika terjatuh". Terpancar nian senyuman diwajah pujangga. Hatinya terusik dengan bicara kawan itu. Maka laluilah perjalanan mereka. Hati pujangga tidak terdetik untuk menjadi lebih dari itu.

"Ingatkanlah aku jika aku terlalu memikirkannya" seraya pujangga memegang amanah yang dikatakan kawannya. Senyuman diukir kerana mempercayakannya. Begitulah hari-2 yang dilalui,pujangga cuba untuk mengingatkan kawannya mengenai amanh yang dipikulnya. Tapi apakan daya.

Pujangga hanya manusia yang hina.
Pujangga hanya sepasang telinga.

"Kau yang berdusta !" Begitulah jeritan batin sang pujangga yang mempercayai kawannya. Pujangga diam seribu kata. Menghiraukan sebarang kehadiran kawannya. Pergi. Pergi mendekatkan diri kepada Pencipta.

"Pencipta,andaikan ini dugaan,tabahkanlah. Andai ini kesilapan,kau bunuhkanlah perasaan ini"

Begitulah keluhan seorang hamba kepada Pencipta.
"Kau yang berdusta. Kau memberikan harapan yang tidak kau penuhkan" Lemparan kata-2 itu menusuk ke dalam hati pujangga. Dia hanya menunduk dan berdiam. Hatinya merintih. Hatinya menjerit.

Aku tidak berdusta.
Aku tidak memberi harapan.
Aku tidak berahsia.
Tapi,
Kau yang berdusta.
Kau yang memusnahkan kepercayaan.
Kau yang berahsia.

Sebuah kepercayaan dan hormat hancur pada hari itu. Berkecai. Orang yang dipercayai benar berdusta.
Kau cuba berahsia dan cuba berdalih tapi ketidakan yang kau katakan itu menjadikan ianya sebuah teka teki . "Ini yang kau lakukan setelah kepercayaan aku taruhkan wahai kawan?"
Curahan dan titisan mula terpancar. Kesakitan mula dirasakan.

Aku berdusta disebabkan kerana. Mengelakkan fitnah yang menimbulkan dosa. Kau tidak memahami  kawan. "Sukar untuk memuaskan hati sekalian"

Tapi aku dianggap hina.
Tapi aku dianggap dusta.
Tapi aku dianggap bersengketa.

Tidak pantas kau katakan begitu. Hati ini hanya Pencipta yang tahu. Hati ini cuba untuk terima kembali. Tapi setelah kata-2 hina kau lemparkan,berlalulah pergi wahai pemilik hati.

Nafas panjang dilepaskan. Perasaan itu telah terbunuh dalam diri pujangga. Pencipta memperkenankannya.
"Kita ditakdirkan bertemu untuk sesuatu dan sesuatu ini telah aku dan kau pelajari. Sepatotnya kita melengkapi tapi kau menidakkannya. Kau memilih yang lain. Aku redha wahai Pencipta"

Berlalulah pujangga meninggalkan istana. Istana yang penuh kedukaan. Meninggalkan ketidakbenaran yang sengketa. Cuba untuk mengubah haluan. Mengharapkan sambungnya benang sutera yang terputus. Jadilah walaupun hanya selembar. Moga dipermudahkan baginya. Moga tidak terluka dan jatuh ketika memikul pedang yang tersedia.
Hati ini telah TERKUNCI. Kuncinya, hanya pada Pencipta.

Aku telah gagal.

Meditasi Diri


Saat kita berduka,kita menangis.
Saat kita gembira,kita menangis.
Saat kita kehilangan,kita menangis.
Saat kita kesepian,kita menangis.
Saat kita keseorangan,kita menangis.
Saat kita jatuh,kita menangis.

Menangislah wahai kawan.
Tak salah pun. Tak kena bayar pun. Tak rugi pun.
Andai itu rasanya dalam diri kau,lakukanlah. Andai itu dapat melegakan kau,buatlah.
Aku tahu,tangisan itu bukan kau buat-2. Aku dapat rasakan keperitan yang kau lalui. Saat kehilangan,saat kedukaan. Kita manusia. Allah ciptakan berperasaan. Kadang-2 kegembiraan membuatkan kita leka. Nikmat yang kita terima tu juga adalah satu ujian untuk kita.

Sahabat,
Walau sehina mana pun kau rasa,aku sentiasa ada,Dia sentiasa ada untuk kau. Menangislah dihadapanNya. Luahkan segalanya.

"Dia sentiasa menantikan hamba-2Nya yang sedang mencari kebenaran,yang sedang berpisah dari kejahatan,yang sedang mengejar kejayaan. Kembalilah kawan,kembalilah kawan."

Terluka tapi tidak berdarah.
Terhiris tapi tidak terbelah.
Terguris tapi tidak terasa.

Ya Allah. Aku sebenarnya lemah. Aku sebenarnya sedih. Aku sebenarnya sayu. Jika perasaan ini kau hadirkan untuk aku,kau kuatkanlah aku,kau permudahkanlah urusanku.

Perjalanan ini masih jauh,terlalu susah untuk dilalui,terlalu sukar untuk diceruni namun hati yang lemah terus berusaha menghirisnya sedikit demi sedikit. Bukan terasing,tapi bersamping. Bukan membiarkan,tapi biarlah takdir Pencipta menjadi bancian kepada kebenaran,menjadi penerang kepada semua titik noktah yang tidak terungkai. Jauh di sudut hatinya ingin beradu domba. Tapi bertemankan angin yang kian pudar warnanya,ditemani cahaya yang kian hilangnya. Maka bersendirilah pujangga. Tidak kesepian,Pencipta sentiasa ada.

Terima kasih sahabat.

Wednesday, June 19, 2013

Kurniaan


             Perginya membawa hati yang lara. Bukan lara kerana tewas dalam kekajaman percintaan,tapi laranya mengejar detik perjuangan yang diterbitkan rasa kelukaan pada hati. Sehunus keris menusuk ke dalam hatinya. Satu perasaan yang tidak dimilikinya sebelum ini. Pujangga tertanya tanya 
 "Adakah masih layak aku diterima?" 

Berlalulah pujangga meninggalkan istana kemewahannya. Meninggalkan sejarah hitamnya. Bukan kerana terbiasa.tapi sudah kerana terhina. Hinanya aku bukan bertemankan nama. Biarlah pujangga dihina mahupun dicerca tapi asalkan masih setia mencari keredhaan Pencipta.

Aku dikatakan hamba,YA
Aku dikatakan hina,YA
Aku dikatakan dusta,Ya

Asalkan aku masih lagi hamba kepada Pencipta
Asalkan aku masih mulia disisi Pencipta.
Asalkan aku benar menghadap Pencipta.

Pedang yang pujangga bawa amat berat hendak dipikul. Amat berat untuk dibawa. Amat berat untuk tanggung. Pedang yang bisa memakan diri sendiri. Pedang yang membawa manusia kearah kesedaran. Pedang yang membawa peringatan dan pesan pesanan.

Dakwah. 
Itulah pedangnya. Tajam dan tumpul pedang itu bukanlah pada panjang mahupun berkilatnya,tapi pada pemakai dan pemegang pedang tersebut. Aku pernah tercedera kerana pedang itu. Pernah terjatuh ketika membawa pedang itu. Aku cuba untuk memikulnya kembali,tapi masih terus menghiris jari,melimpahi darah yang mengalir. Lantas sarung pedang terjatuh melewati pandangan aku. Aku menyarungkannya. Aku pasangkan. Sarung pedang yang datangnya entah dari mana. 

Tidak tampan mahupun cantik. Tidak tinggi mahupun rendah. Hanya senyuman manis yang terukir di sarung pedang itu. YA,dialah yang menyelamatkan aku dari terus terluka. Tapi aku masih ingat Pencipta. Pencipta yang menghantarnya kepada aku. Katanya kepada pujangga 

"Aku hadir bukan kerana terpaksa,aku bertemu bukan kerana kebetulan,aku datang bukan juga membawa kebaikan,kita saling melengkapi saudara. Kita ke arah yang sama cuma kita berbeza dan perbezaan itu yang melengkapkan tujuan kita. Inilah takdirnya."

Pujangga tersenyum. Rasa rendah dan kesyukuran dipanjatkan kepada Pencipta yang memahami tujuan hati yang lara itu. Berlalulah pujangga bersama sahabatnya membawa pedang bersama sama demi menuju keredhaan Pencipta.

Alhamdulillah.

Tuesday, June 18, 2013

Rima akhir


Perhiasan dunia menjadikan kita leka dan alpa. "Rakusnya kau mencarik keindahan alam ini empunya kau memiliki segalanya". Tidakkah rasa bersalah ? 

Manusia,manusia,manusia

"Kenapa kau begitu rakus?"
"Kenapa kau begitu tamak?"
"Kenapa kau tidak pernah puas?"
"Kenapa kau tidak bersyukur?"

Hati kecil seraya berkata : "Kepada aku kah taklikan itu? Kepada aku kah hinaan itu ?"
Iman pun datang lantas bicaranya mengubat penawar hati yang kecewa.

"Pencipta kau Maha Pengampun"
"Pencipta kau Maha Pemurah"
"Pencipta kau Maha Mengasihani"

"Dan kembalilah kepada Penciptamu wahai hati yang lara"
Hati terus membisu.
Sedarkah titisan embun di nian pagi,menjernihkan suasana hari. Mencerdikkan penghuni sekalian alam. Tapi,lembah hina juga kau memilih,lembah durjana yang menguasai.

Bangunlah wahai hati.
Bangkitlah wahai teman.
Berdirilah wahai badan.

Melangkah, dan teruskan perjuanganmu mencari keredhaan Pencipta yang sebenar. 
Berlalulah pujangga meninggalkan istana bagi melibas kata-2 dusta.

:)





Serumpun

           Pujangga berkata "Tidakkan dikau pergi melarakan hatimu?". Pujangga pergi meninggalkan seraya katanya. Masih berduka hatinya,masih sepi kekalutan dirinya. Perginya tidak mereka perhatikan,perginya tidak siapa perasankan. Begitulah seharian kelewatan harinya kesah menantikan hari yang lalu. Pencipta memerhatikannya selalu. Tanpa diduga,hatinya tabah mengahadapi ujian Pencipta. Hati yang lara kian dicorak merobekkan keadaan sebenarnya.
Cuba untuk diluahkan,tapi dipendam,
Cuba untuk disampaikan tapi membisu.

          Membisu. Si pujangga tidak lagi sedih kerana Pencipta.

Dia bangkit kerana Pencipta.
Dia diam kerana Pencipta.
Dia teruskan kerana Pencipta.
Dia pendamkan hatinya kerana Pencipta.

         Renungannya tajam melihatkan air yang terbentang di hadapannya. Tangisan mengalir dipipinya. Jiwanya tenang.
Hatinya lembut.
Angin mendayu.
Burung berkicauan.

         "Apa yang aku lakukan?" Hadirnya kesedaran dalam dirinya.
"Wahai Pencipta hati ini,Kau jauhkanlah rasa keji dalam diri ini,Kau hapuskanlah rasa takbur ini,Kau hadirkanlah perasaan yang kau tidak berikan kepadaku sebelum ini,perasaan KEHAMBAAN yang aku nantikan wahai Pencipta hati"

Aku pernah terjatuh.
Aku pernah terleka.
Aku pernah berduka.
Aku pernah terlupa.

         Bawalah aku pergi. Pergi mendekatkan diri denganMu wahai Pencipta hati.


p/s : Maaf jika tidak memahami tulisan ini. :)
       -nukilan terbit dari dalam hati sendiri-

Sunday, June 16, 2013

Ciri seorang pendakwah

"Buang sifat 6M ni untuk jadi seorang pendakwah"

         Alhamdulillah,kita masih lagi hidup dan bernafas untuk membaca entry Wak Jenol yang tak seberapa ni. Hehe. Okay kenapa Wak Jenol ? *renung post ni lama-2* Okay sila abaikan kerana ini bukanlah isu yang kita nak sampaikan harini. :D Hurm ilmu ini aku dapat ketika aku tingkatan 4 di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur 10/11. Masa tu ada super senior datang dan membicarakan pasal 6M ni kepada kami dan tugas kami adalah untuk menyampaikan kepada yang lain. Siapakah KAMI yang dimaksudkan ? Kami adalah Perwakilan Pelajar Islam(PPI). Well banyak tugasan kami tapi salah satunya adalah berdakwah dan menyampaikan tazkirah. Jadik super senior tu beri kami 6M ni sebagai tips kepada kami. Apa itu 6M Wak Jenol ? Actually 6M yang dimaksudkan adalah CIRI-2 YANG PERLU DIBUANG DALAM MENYAMPAIKAN DAKWAH.


6M tersebut adalah : 
1)Malu
2)Malas
3)Marah
4)Merajuk
    5)Menyalahkan
   6)Menyombong

Kenapa ? Jangan risau. Wak Jenol akan terangkan satu persatu. Silakan Wak Jenol.

1)Malu
Ye perasaan malu tu perlu dibuang dalam diri pendakwah tu. "Tapi kenapa Wak ? Malu tu kan sebahagian daripada iman" Ye betol tu adik-2. Malu tu sebahagian daripada iman tapi biarlah malu bertempat. Malu untuk melakukan kesilapan,malu untuk membuka aurat,malu untuk berlagak. Tapi dalam menyampaikan ilmu atau seruan,kita tak boleh malu. Ok,misalan kalau kita malu nak sampaikan dakwah "Ish malu lah aku nak tegur dia" agak-2 sampai ke dakwah kita tu kalau memanjang kita malu je ? Tak kan. So huraiannya jangan malu untuk menyampaikan ilmu dan dakwah. Menegur tu WAJIB samaada dia dengar atau tak,terpulanglah. Kita dah sampaikan.

2)Malas
Memang tak nafikan semua orang malas,sedangkan Wak Jenol jugak pemalas. :3 Haha. *ok abaikan* "Kenapa dengan MALAS Wak ?" Ok seperti sedia maklum,dalam kamus dewan pun mengatakan "MALAS TAK MEMBAWA KEJAYAAN" *ok tipu,tu ayat Wak Jenol buat :3* Ok cenggini,bayangkan kalau kita malas nak menyampaikan dakwah. "Wey,malasnya lahai aku nak bagitau budak-2 ni pasal isu ni" Hurmm agak-2 lah,sampai ke tak ilmu yang dia tau tu untuk dikongsikan ? Tak kan ? Jadi,malas ni memanglah kena buang sebab malas ni adalah hasutan syaitan. Ye Wak mengaku Wak pun malas jugak :3 tapi...tapi...

3)Marah
"Kau nak dengar taknak aku cakap ni ?? Kalau tak pergi mampos lah kau !!" Hurmm agak-2lah kan, awak-2 semua nak dengar ke orang cenggini sampaikan dakwah beliau ? Dalam keadaan marah dan menengking ? Dalam keadaan marah,ketika itu syaitan sedang berbisik dalam diri kita jadi dakwah itu tak berjaya disampaikan kan. Sebab tu kita kena sampaikan dalam keadaan tenang. Kalau dia taknak dengar,takpelah,jangan marah-2. Tapi doakanlah dia :)

4)Merajuk
Ok Wak tau ini isu sensitif. Tak payahlah renung Wak ke ape. Kenapa merajuk jadik isu ? Kalau sikit-2 nak merajuk,bila orang tegur yang dakwah kita ni salah lah,terus nak merajuk. Laa,kan orang menegur awak tu,so terimalah. Tak payah nak merajuk-2. Sikit-2 nak merajuk,ingat orang nak layan ? Kalau kau merajuk,sampai ke dakwah tu ? Tak kan. Nak merajuk biar bertempat,lagi bagus buang terus lah merajuk tu :D

5)Menyalahkan
Kau agak kau suka ke orang asyik menyalahkan kau je ? Nak sampaikan dakwah tapi kau dok menyalahkan orang yang tu salah,yang ni salah,aku sorang je yang betol. Tak semua kita sampaikan tu betol. Jadi jangan asyik nak menyalahkan orang je. Cuba kita terima apa yang dia buat. Tak pun,kita bersama je dengan dia menyampaikan. Tak salah kan ? :)

6)Menyombong
"Aku lah yang hebat ! Aku pendakwah hebat ! Ilmu aku tinggi !" Hurm astagfirullah. Awak nak dengar ke hujah-2 melalui orang yang cenggini ? Dah lah berlagak,sombong lagi. Ingat ada ke orang nak dengar cakap kau ha ?? -.- Silap-2 cermin dengar pun pecah. Haha. Jangan sombong. Ilmu kat dada tu sedikit jika nak dibandingkan dengan air laut yang terbentang luas,kita hanya setitis tu je. Jadi janganlah sombong bila dah diangkat sebagai pendakwah. Nanti takde siapa nak dengar dakwah awak tu :)

        Alhamdulillah beginilah serba sedikit yang dapat dikongsikan. Semoga bermanfaat untuk kita semua. Maaf tulis panjang-2 :p

Mati Itu Benar

"Setiap yang bernyawa PASTI akan menemui MATI"   



        Setiap pagi kita bangun apa yang kita lakukan ? *capai henset dan tengok kalau-2 ada mesej* Okay aku tak nafikan ianya jugak berlaku kepada aku. Tapi aku tak menantikan mesej dari sesiapa. Aku tengok henset sebab nak matikan alarm jam je. Hehe. Tak salah pun,ye aku tak cakap pun salah. Mana tau kita dapat mesej yang penting ke kan yang membuatkan kita sendiri tak jadi nak tidur balik. Lagi terkejut bila kita dapat  mesej "Ajal awak dah sampai !" Okay mesej itu tak mungkin kita dapat -.- tapi agaknya bagaimana kalau kita dapat mesej sebegitu ? Adakah kita terkejut ? Atau kita gelak "Hahaha" je ? Muhasabah diri.

         MATI itu pasti. Saat kita tidur kita telah pun merasai mati dan kita sememangnya mati sebab ketika itu roh kita keluar dari jasad kita. Sebab tu bila pagi *selepas tengok henset kita tu* don't forget to say "Alhamdulillah,i'm still alive :)" Okay tak pun sekadar Alhamdulillah. Just one word to say. Tak kena bayar pun malah dapat pahala kan. Kenapa sebut "Alhamdulillah" ? Yela sebab kita bersyukur kita masih mampu melihat dunia yang indah ciptaan Allah Ya Malik. Kita tak bangun sebagai JENAZAH dan tubuh kita dibaluti selimut tidak pula dibaluti KAIN PUTIH yang menjadi pakaian kepada seluruh jenazah umat Islam deiseluruh dunia. Kematian merupakan proses pemindahan sementara selapas kita hidup dan beramal di dunia yang sementara sebelum kita dibangkitkan semula. Ok dibangkitakan semula bukan jadi pocong ke ape,dibangkitkan untuk berkumpul di padang mahsyar suatu hari nanti.

        Memanglah aku still hidup dan masih bernyawa untuk menceritakan soal mati. Tapi ini hanya sebagai tarbiah dan tazkirah dalam dri kita je untuk kita sedar yang hidup kita ni tak lama. Malah setiap saat makin hampir kita dengan kematian. "Andainya gugurnya daun kita di luh mahfuz,maka tibalah saat kita pula mengikuti mereka yang telah pergi meninggalkan kita terlebih dahulu". Tapi,adakah kita seorang hamba yang telah bersedia untuk mati ? Hurmm aku pun masih belum bersedia. Masih banyak dosa yang aku lakukan setiap hari. Aku juga manusia biasa,sama macam korang semua. Tak pernah lupa melakukan kesilapan kan. InsyaAllah serba sedikit kita dapat memafkan orang lain dan orang lain pun memaafkan kita. Jaga hubungan dengan Allah,dan jaga hubungan dengan manusia. Ingatlah mati,sesungguhnya ia sesuatu yang pasti :)

p/s: Orang yang hebat adalah orang yang mengingati mati dan bersedia menghadapi mati.