Thursday, June 20, 2013

Cermin Rahsia


Di pagi hari,pujangga bersandar. Berbekalkan secawan minuman panas yang jerih pahit melalui halkumnya. Aku terus menelannya. Dia termenung. Begitulah pahit kehidupan persis minumannya.
"Akukah yang kau katakan dusta?"
Terdetik sejenak perasaan di sudut hati kecilnya yang sudah lama terluka. Ingin disampaikan melalui bicara,tapi tidak berdaya. Maka nukilan ini tercipta untuk mewarkahkan kebenaran yang sengketa.

Kawan,
Kau hadir dalam diri dia dan kini kau pergi tinggalkan pujangga. Manis bicara kau ketika itu. Pujangga terima kau dengan niat ingin membantu. Tidak lebih dari itu.

Kau terjatuh.
Kau terleka dengan dunia.
Kau terluka.

Kata kawan "Pencipta menghantar pujangga untuk menjadi pendengar yang setia,untuk menyambut aku ketika terjatuh". Terpancar nian senyuman diwajah pujangga. Hatinya terusik dengan bicara kawan itu. Maka laluilah perjalanan mereka. Hati pujangga tidak terdetik untuk menjadi lebih dari itu.

"Ingatkanlah aku jika aku terlalu memikirkannya" seraya pujangga memegang amanah yang dikatakan kawannya. Senyuman diukir kerana mempercayakannya. Begitulah hari-2 yang dilalui,pujangga cuba untuk mengingatkan kawannya mengenai amanh yang dipikulnya. Tapi apakan daya.

Pujangga hanya manusia yang hina.
Pujangga hanya sepasang telinga.

"Kau yang berdusta !" Begitulah jeritan batin sang pujangga yang mempercayai kawannya. Pujangga diam seribu kata. Menghiraukan sebarang kehadiran kawannya. Pergi. Pergi mendekatkan diri kepada Pencipta.

"Pencipta,andaikan ini dugaan,tabahkanlah. Andai ini kesilapan,kau bunuhkanlah perasaan ini"

Begitulah keluhan seorang hamba kepada Pencipta.
"Kau yang berdusta. Kau memberikan harapan yang tidak kau penuhkan" Lemparan kata-2 itu menusuk ke dalam hati pujangga. Dia hanya menunduk dan berdiam. Hatinya merintih. Hatinya menjerit.

Aku tidak berdusta.
Aku tidak memberi harapan.
Aku tidak berahsia.
Tapi,
Kau yang berdusta.
Kau yang memusnahkan kepercayaan.
Kau yang berahsia.

Sebuah kepercayaan dan hormat hancur pada hari itu. Berkecai. Orang yang dipercayai benar berdusta.
Kau cuba berahsia dan cuba berdalih tapi ketidakan yang kau katakan itu menjadikan ianya sebuah teka teki . "Ini yang kau lakukan setelah kepercayaan aku taruhkan wahai kawan?"
Curahan dan titisan mula terpancar. Kesakitan mula dirasakan.

Aku berdusta disebabkan kerana. Mengelakkan fitnah yang menimbulkan dosa. Kau tidak memahami  kawan. "Sukar untuk memuaskan hati sekalian"

Tapi aku dianggap hina.
Tapi aku dianggap dusta.
Tapi aku dianggap bersengketa.

Tidak pantas kau katakan begitu. Hati ini hanya Pencipta yang tahu. Hati ini cuba untuk terima kembali. Tapi setelah kata-2 hina kau lemparkan,berlalulah pergi wahai pemilik hati.

Nafas panjang dilepaskan. Perasaan itu telah terbunuh dalam diri pujangga. Pencipta memperkenankannya.
"Kita ditakdirkan bertemu untuk sesuatu dan sesuatu ini telah aku dan kau pelajari. Sepatotnya kita melengkapi tapi kau menidakkannya. Kau memilih yang lain. Aku redha wahai Pencipta"

Berlalulah pujangga meninggalkan istana. Istana yang penuh kedukaan. Meninggalkan ketidakbenaran yang sengketa. Cuba untuk mengubah haluan. Mengharapkan sambungnya benang sutera yang terputus. Jadilah walaupun hanya selembar. Moga dipermudahkan baginya. Moga tidak terluka dan jatuh ketika memikul pedang yang tersedia.
Hati ini telah TERKUNCI. Kuncinya, hanya pada Pencipta.

Aku telah gagal.

No comments:

Post a Comment