Sunday, June 23, 2013

Sebuah Perjalanan


Hari yang dilalui masih seperti biasa. Temannya masih berdiri di situ. Di sisinya. Sedangkan pujangga melihat kedepan sambil seteguk air sejuk melewati halkum keringnya.

"Kita rehat kejaplah dulu ye" Kata-2 yang terluah dari wajah sahabat yang keletihan itu. Aku hanya tersenyum. Tubuh yang lemah itu direbahkan di bawah pohon. Sahabat itu ke pohon yang lain. Aku dapat rasakan kekacauan di hatinya. Aku mendiamkan diri. Pandangan aku terus tajam melihat ke hadapan.

"Jauh lagi perjalanan aku" 
Semoga dipermudahkan urusan aku. Pencipta maha Melihat. Aku hanya berdiam memikirkan masa depan aku. "Masihkah aku layak untuk diterima?" Hatinya mula melara. Pedang yang pujangga bawa cukup berat. Dia masih dalam proses perpindahan. Pedang itu masih belum memulakan kepincangannya. Bagi pujangga.dia kenalah berubah dahulu sebelum dia mengubah orang lain. Hatinya berbicara.

Dahulu aku pernah terjatuh.
Dahulu aku bodoh.
Dahulu aku hanyut.

Bukan menghina diri tapi itulah hakikatnya mengenangkan zaman silamnya. Dia terus menarik nafas panjang.

"Wahai Pencipta,layakkah aku diberi peluang setelah aku berpaling jauh suatu ketika dahulu. Pengalaman lalu masih menghantui diri aku."

Aku hina wahai Pencipta.
Aku jahat wahai Pencipta.
Aku tamak wahai Pencipta.

Mengalir titisan jernih dipipinya. Bukan dia lemah,tapi dia memikirkan kehidupan lalunya yang diselubungi dosa. Peluang yang lalu telah dikecewakan. Ya,ini bukan peluang kedua tapi ini peluang yang entah ke berapa baginya. Dahulu aku pernah berhijrah,tapi iman cukup lemah. Aku tewas. Dahulu aku pernah berhijrah lagi. Dan masa itu hijrah yang cukup jauh. Membawa hati yang lara bukan kerana sesiapa tapi kerana kehendak Pencipta. Aku tahu Dia merencana yang terbaik untuk aku.

Aku masih lemah. Hijrah aku masih tergantung disitu. Masih berbelah bahagi antara dosa silam aku. Inilah hasutan syaitan. Hati gelap menjadi terang baginya. Hati yang mati menjadi punca baginya. Teringat nasihat seorang teman pujangga yang kini telah berhijrah sepenuhnya. Alhamdulillah. Katanya.

"Di sekolah dahulu adalah pusat latihan bagi kita,di luar inilah medan peperangannya. Di sini lah yang menentukan kita menang atau kalah"

Aku terdiam dan melihat dia pergi dengan sayunya.

Keputusannya,aku telah kalah buat kali seterusnya. Aku tertewas. Teman itu masih di situ,menantikan kehadiran aku menemaninya memperjuangkan kebenaran yang hakiki. Pedangnya sudah cukup hebat. Sekali dikeluarkan,cahaya berkilauan. Sekali dilibas,ramai yang tumpas. Tumpas bukan kerana tewas,tapi tumpas dengan kata-2 yang penuh hikmahnya,kata-2 yang penuh ajakannya. Sedangkan pedang aku yang dahulu pernah berkilau tapi kini karat. Aku cuba untuk menggilapnya semula. Masih lagi tidak bercahaya.

Aku insan yang lemah
Aku insan yang mudah mengalah.
Aku insan yang tewas.

Aku cuba bangkit. Wahai kawan,

Bawalah aku menunggang kudamu.
Bawalah aku jauh dari lembah penghinaan. 
Bawalah aku mendekati Pencipta semula.

"Kalau zaman silam kita hitam,maka putihkanlah. Kalau zaman silam kita putih,maka kekalkanlah keputihannya"

Mari semua. Putihkan sejarah kita. Kekalkankan momentum kita. Mulakan pacuan kita. Hidupkan tauladan kita. Bangkitkan seruan kita. Kuatkan kalam Pencipta. Bangunkan sunnah baginda. Mulakan langkah baru. Langkah yang dimulakan dengan Bismillah setiap masa,langkah yang diakhiri dengan Alhamdulillah setiap penghujungnya.

Marilah semua.


No comments:

Post a Comment