Monday, June 24, 2013

Angka


"Relax la bro,kau masih muda. Lama lagi nak mati. Kita enjoy dulu !"
Alhamdulillah masih dikurniakan nafas untuk melihat indahnya ciptaan Pencipta. "Aku masih muda". Ya kawan aku masih muda. Masih 19 tahun. Tapi,umur itu hanya sekadar angka. Tidak berganjak ajal itu berfaktorkan umur sahaja. Saat terkujurnya badan seseorang hamba dibaluti kain putih yang suci itu adalah rahsia Pencipta. Kita manusia hanya bersedia. Bukan kita tak boleh langsung berceria,bergembira tapi ada hadnya kan.

Biarpun bergembira,INGATLAH MATI.
Biarpun berseronok,INGATLAH MATI.
Biarpun sibuk,INGATLAH MATI.

Ingat mati menjadikan iman kita lebih kukuh. Lebih bersedia dan tawaduk menghadap Pencipta. Bukan usia yang menentukan ajal maut seseorang hamba,tapi Dia yang menentukannya.

Nafas panjang pujangga lepaskan. Dalam dia sedang bergembira,dalam sedang dia lupa,dalam sedang dia leka dengan dunia,berbisik ditelinganya satu khabar yang cukup sayu. Khabar yang sukar diterima kenyataannya. Aku masih leka bersama kawan aku. Dalam kami berseronok,berdeing salah satu telefon kepunyaan kawan aku.

"Wey kenal Farhan tak ?" Dia hanya berkata YA dan menantikan berita selanjutmya.
"Farhan dah meninggal." Wajahnya sedikit berubah.

Suasana menjadi suram.
Tawa menjadi kelam.
Gembira menjadi duka.

Aku yang ketika itu berada hampir dengannya seakan tidak percaya akan berita yang baru sahaja berlalu melintasi gegendang telinga aku. Aku memang tidak rapat dengan arwah tapi kami saling mengenali. Masih tidak dapat meletakkan kepercayaan di hati ini lantas aku menghubungi teman yang lain dan jawapannya tetap sama. Hati aku berasa takut. Sedangkan aku leka,tapi ada kawan aku yang telah pergi menghadap Pencipta. Ini bukanlah kali pertama kawan yang sebaya dengan aku pergi,masa di kampus Puncak Alam juga aku kehilangan seorang kawan sekelas,sebelah rumah yang perginya seolah tidak percaya. Paginya bersama aku,petangnya hilang selamanya. Cukup sekejap.

"Andai gugurnya daun di Luh Mahfuz,maka bersedialah kamu untuk menghadapi satu peristiwa yang dasyat,satu kesakitan yang tersakit,satu pemergian untuk selamanya dan itulah KEMATIAN"

Suasana menjadi sunyi.

Bukan hendak menakutkan. Hanya untuk peringatan.

Adakah angka ini terus membilang ?
Adakah angka ini terus terbiar ?
Adakah angka ini menjadi ukur ?

Angka yang kita tidak ketahui bila masa ajal menjemput kita. Pujangga tidaklah sempurna,dosa masih lagi berada,iman masih lagi goyah. Aku masih manusia dan masih melakukan kesilapan. Andainya ajal menjemput aku,hanya redha yang diterima. Siapalah aku hendak menghalang takdir Pencipta.

Kawan. Kucupan terakhir itu adalah satu penghormatan untukmu. Aku memberanikan diri untuk melakukan demikian. Walaupun tidak mampu untuk mengusung kau hingga ke liang lahad,harap aku masih mampu menjalankan penghormatan terakhir yang terbaik yang mampu aku buat untuk kau.

Kita tidak mampu menghalang takdir. Bila tiba masanya,kita akan pergi meninggalkan dunia yang fana ini. Hanya Pencipta yang kekal. Kita hanya sementara. Hati ini gelap. Hati ini makin banyak titik hitamnya. Dosa sentiasa mengiringi aku. Aku insan yang berdosa. Tapi aku tahu,Pencipta itu maha Pengampun. Mudah mudahan aku tidak tergolong dalam golongan yang rugi di sana kelak.

Wahai kawan-2,andai insan yang terbujur kaku dan berbalut kain putih itu adalah aku.

Aku tidak meminta lebih dari itu. 
Aku tidak meminta wang dari kamu. 
Aku tidak meminta harta dari kamu.

Tapi apa aku minta.

Kau sembahyangkanlah aku dengan ikhlas.
Kau usunglah jenazah aku dengan ikhlas.
Kau ampunkanlah kesilapan aku dengan ikhlas.
Kau doakanlah aku dengan ikhlas.

Ingatlah kawan,umur bukanlah penghalang kepada mati. Tidak semestinya tidak boleh bergembira. Boleh kawan. Tapi ingatlah,mati itu kepastian dan bukan gurauan. Relakanlah pemergiannya. Ingatlah mati,dan bersedialah menghadapi mati.

Moga roh kau tenang disana kawan. Al-Fatihah


No comments:

Post a Comment