Wednesday, June 19, 2013

Kurniaan


             Perginya membawa hati yang lara. Bukan lara kerana tewas dalam kekajaman percintaan,tapi laranya mengejar detik perjuangan yang diterbitkan rasa kelukaan pada hati. Sehunus keris menusuk ke dalam hatinya. Satu perasaan yang tidak dimilikinya sebelum ini. Pujangga tertanya tanya 
 "Adakah masih layak aku diterima?" 

Berlalulah pujangga meninggalkan istana kemewahannya. Meninggalkan sejarah hitamnya. Bukan kerana terbiasa.tapi sudah kerana terhina. Hinanya aku bukan bertemankan nama. Biarlah pujangga dihina mahupun dicerca tapi asalkan masih setia mencari keredhaan Pencipta.

Aku dikatakan hamba,YA
Aku dikatakan hina,YA
Aku dikatakan dusta,Ya

Asalkan aku masih lagi hamba kepada Pencipta
Asalkan aku masih mulia disisi Pencipta.
Asalkan aku benar menghadap Pencipta.

Pedang yang pujangga bawa amat berat hendak dipikul. Amat berat untuk dibawa. Amat berat untuk tanggung. Pedang yang bisa memakan diri sendiri. Pedang yang membawa manusia kearah kesedaran. Pedang yang membawa peringatan dan pesan pesanan.

Dakwah. 
Itulah pedangnya. Tajam dan tumpul pedang itu bukanlah pada panjang mahupun berkilatnya,tapi pada pemakai dan pemegang pedang tersebut. Aku pernah tercedera kerana pedang itu. Pernah terjatuh ketika membawa pedang itu. Aku cuba untuk memikulnya kembali,tapi masih terus menghiris jari,melimpahi darah yang mengalir. Lantas sarung pedang terjatuh melewati pandangan aku. Aku menyarungkannya. Aku pasangkan. Sarung pedang yang datangnya entah dari mana. 

Tidak tampan mahupun cantik. Tidak tinggi mahupun rendah. Hanya senyuman manis yang terukir di sarung pedang itu. YA,dialah yang menyelamatkan aku dari terus terluka. Tapi aku masih ingat Pencipta. Pencipta yang menghantarnya kepada aku. Katanya kepada pujangga 

"Aku hadir bukan kerana terpaksa,aku bertemu bukan kerana kebetulan,aku datang bukan juga membawa kebaikan,kita saling melengkapi saudara. Kita ke arah yang sama cuma kita berbeza dan perbezaan itu yang melengkapkan tujuan kita. Inilah takdirnya."

Pujangga tersenyum. Rasa rendah dan kesyukuran dipanjatkan kepada Pencipta yang memahami tujuan hati yang lara itu. Berlalulah pujangga bersama sahabatnya membawa pedang bersama sama demi menuju keredhaan Pencipta.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment