Tuesday, June 25, 2013

Pengakhiran


Tidak pernah terniat dihatinya untuk menyalahkan sesiapa. Tidak pernah. Dia sentiasa menyalahkan dirinya sendiri. Baginya,kegembiraannya apabila melihat orang lain gembira. Senyumannya apabila melihat orang lain tersenyum. Masih penat melihatkan kerakusan manusia menggondam segala ciptaan Pencipta tanpa rasa salah terhadap alam mahupun sesama manusia. Aku percaya setiap ujian ada hikmahnya. Sang Pencipta maha Bijaksana. Dia tahu mana yang terbaik dan termampu untuk hambanya.

Diam seorang hamba bukan kerana bisu.
Diam seorang hamba bukan kerana lemah.
Diam seorang hamba bukan kerana hina.

Pujangga masih berdiam disitu. Pandangannya tepat melihatkan titisan air yang jatuh dari langit. Alhamdulillah. Khalimah yang tidak lekang dari bibirnya. Senyumannya terukir diwajahnya. Seperti hatinya berbisik.

"Setiap kedukaan akan ada penghujungnya. Dan penghujungnya adalah kegembiraan"

Alhamdulillah.
Pencipta telah menurunkan ujian yang hebat kepada hambanya. Jerebu. Hal yang masih tidak lekang menjadi sambutan dan tatapan para manusia yang tidak pernah kenal erti sabar dan syukur. Sabar dengan ujianNya,dan syukur dengan nikmatNya. Setelah sekian lama alam fana ini kering tanpa sebarang titisan air yang keluar mengalir dari tebing awan yang sayu,tapi harini Pencipta mengurniakan nikmat kepada hamba-2Nya.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Begitulah penghujung bagi kedukaan dan ujian.

"Adakah ujian dalam diri ini akan berakhir dengan kegembiraan atau akan berakhir dengan kesedihan?"

Hati tamarnya berbisik. Pucuk hatinya sedar akan kelemahan iman dalam dirinya. Aku yang masih hina sentiasa mengharapkan keampunan Pencipta. Masih menantikan keredhaan Pencipta. Niat dihati inginkan hijrah yang sempurna namun ujian terus datang berbala-bala. Bukan mengeluh atau berputus asa,cuma sedikit kekuatan yang diperlukannya.

Kekuatan untuk membawa pedangnya.
Kekuatan untuk menanggung dosanya.
Kekuatan untuk kembali kepada Pencipta.

Ternyata iman masih lemah. Kudrat tidak terdaya. Ujian yang datang masih aku syukuri. Ujian tidaklah sehebat mana tapi aku telah tumpas mencecah ke bumi. Bagi pujangga ujian ini adalah penghapus dosanya yang lalu. Ini juga mungkin pembalasan bagi dosanya yang lalu. Wahai Pencipta,

Andai ujian ini melemahkan aku,Kau KUATKANLAH aku.
Andai ujian ini melupakan aku,Kau INGATKANLAH aku.
Andai ujian ini menyulitkan aku,Kau PERMUDAHKANLAH aku.

Rumpun hati ini cukup setia menantikannya. Perasaan ini terus bergelora. Mencari siapa ? Entahlah. Tiada noktahnya. Hujah yang dibawa masih lemah untuk memperihalkan kalam-2 Pencipta apakan daya. Ilmu agama dalam dirinya hanya setitis air dilautan. Tidak tertanggung saki bakinya untuk mempejuangkannya. Hanya diri yang lemah ditawarkan dan dikorbankan dalam perjuangan ini. Tewas atau menang,bukanlah perihalnya tapi hujahnya itu yang penting sampai atau tidak kepada sekaliannya.

Lafaz kesyukuran kepada Pencipta mengkurniakan anugerah kepada sekalian hambanya yang masih lagi berduka.

Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment