Sunday, June 30, 2013

Hembusan


Hari itu tidak seperti biasa. Dia mendongak memandang ke langit. Gelap. Titisan air jernih menitis membasahi bumi bertuah. Suasana suram itu seolah amat memahami perasaan yang dialami pujangga yang duduk di anak tangga melihatkan ciptaan Pencipta. Hari itu hatinya sedang menangis. Kenapa ? Persoalan yang masih lagi tiada jawapannya.

"Kenapa aku bersedih ?"

Hatinya bertanya.

Persoalan yang tiada jawapannya.
Persoalan yang sentiasa ditanya.
Persoalan yang tidak terungkai oleh sesiapa.

Dalam tidak sedar,dia telah mengeluh. Tiada senyuman diwajahnya seperti hari-2 biasanya. Tiada sesipa yang menghiraukannya. Ya,tiada sesiapa melainkan Pencipta yang Maha Mengetahui segala yang tersembunyi. Dia cuba untuk menceriakan suasana tapi tetap tidak berubah. Hatinya terus menangis. Terdetik di hatinya.

Adakah perasaan sedih ini satu dugaan ?
Adakah perasaan sedih ini satu nikmat ?

Ya,nikmat yang terdapat setiap satu kebaikannya. Mungkin kesedihan ini membawakan pujangga sentiasa mengingati Pencipta. Sentiasa mengharapkan Pencipta. Lebih mendekatkan dirinya kepada Pencipta.

"Andainya kesedihan ini suatu dugaan,Kau tabahkanlah hati ini. Andainya kesedihan ini suatu nikmat,Kau ingatkanlah aku supaya aku tak terlupa"

Hatinya terus terdetik.

"Aku tidak boleh lemah !"

Pujangga cuba menaikkan semangatnya semula. Dia tahu,kalau dia lemah,dia mungkin tewas dalam perjuangannya,dia mungkin tewas dalam penghijrahannya. Itulah ujian,itulah dugaan.

Ujian untuk menguatkannya.
Ujian untuk mengingatkannya.
Ujian untuk menabahkannya.

Kenapa mesti aku ? Kenapa mesti aku yang diduga ? Perjalanan ini masih jauh tapi bebanan di bahu semakin berat. Berat untuk memikul. Terfikir di hatinya untuk berputus asa,tapi iman cuba mempertahankannya. Dalam menongkah kehidupan,dugaan perlu untuk menguatkannya. Untuk memperkukuhkannya.

Ujian menjadi nikmat.

Sebab itu munculnya pelangi selepas hujan. Semoga kau temui kegembiraan setelah sekian kesedihan yang kau lalui. Aku tahu kesedihan kau,aku tahu kelukaan hati kau. Sabarlah kawan.

Bukan sekarang,mungkin suatu hari nanti. 
Bukan menyalahkan,tapi untuk menunjukkan kebenaran.
Bukan berdusta,tapi mungkin kalam yang hina.

Aku minta maaf. Aku tidak sempurna. Masih cacat mencari kesempurnaan. Masih terhina mencari kesucian.
Begitulah takdirnya. Setiap yang ada pasti ada penghujungnya. Aku ingin berkata sesuatu tapi diam lebih elok dari memperagakan kata-2. Biarlah keadaan yang menjadi bukti segalanya,biarlah pengalaman yang menjadi pengajar.

Waktu terus berlalu meninggalkan kesiangan harinya. Awan tidak lagi mengalirkan airmata. Kalam ini yang hina. Tapi suatu hari ianya yang menerangkan dusta. Tidak katakan ya. Namun hati yang sedih mahupun gembira hanya Pencipta yang setia mendengarnya.

"Maka beruntunglah bagi mereka yang bersabar". Jika nikmat menjadikan kau lupa,maka ujian menjadikan kau terus terleka. Bangkitlah diri,semarakkan perjuangan.



No comments:

Post a Comment