Saturday, October 19, 2013

Hentian terakhir


Pagi itu seakan berbicara rasa dengannya. Pagi itu seakan ketahui segalanya. Kerna lelah perit malam sebelumnya. Kerna pilu dalam jiwanya. Sungguh dirinya terluka.

Mendung. Tanpa seri cahaya dia mengucapkan kesyukuran diatas segala nikmatNya. Dengan kekufuran malu tunduk melihat kebesaranNya.

"Allahu,sungguh aku kufur. Kufur akan nikmat yang Engkau berikan"

Dalam keadaan sedar aku masih terjaga. Walau jiwa diulit mimpi yang tidak sempurna. Aku hanya mampu terdiam. Biar hati yang bermeditasi. Bermonolog sendiri.

Sekali lagi tewas di pertempuran. Kali ini lebih derita. Menyaksikan mayat sendiri di depan mata.

"Itukah aku ?"

Jiwanya tertanya. Kilauan mata yang berair melihatkan segalanya. Tumbangnya seorang pahlawan yang beriya memperjuangkan agama. Akhirnya,kecundang. Musykilnya,musuh itu tidak bersenjata. Malah musuh itu kekal setia menanti disitu. Nafsu.

Aku bodoh.
Aku hina.
Aku lupa.

Kenapa diri ini sering kali terleka akan benda yang sama. Tidak pernah pelajari dan ambil iktibar akan kekhilafan sendiri. Ujian yang datang sama sahaja rima nya. Seakan menduga. Mulanya bahagia,akhirnya derita. Dimanakah sinar di hujungnya ?

Dia mengeluh.

Saat itu benar sekali tewas sang perwira. Dia tersedar yang dirinya hanya manusia. Tidak kekal lama.

Sedang dia menyaksikan mayat itu didepan mata,tiba seorang manusia datang menyapa.

"Wahai saudara,adakah kau hanya melihat diri kau sendiri jatuh ke lembah hina ?"

Tersentap dengan bicara.

Wahai semangat jiwa,bangkitlah kau menyapa seruan Pencipta. 
Tinggalkan yang sementara.
Kejarlah yang kekal selamanya.

Kau berupaya.
Kau mampu.
Kau terdaya.

Pagi yang melengkapkan segalanya. Merungkai setiap teka teki yang ada. Rupanya,ditikam oleh diri sendiri. Sesalan yang tiada penyudahnya. Titisan sahaja tidak cukup mengembalikan maruah yang hilang.

Kembalilah.

Nafas panjang dihela. Bangkit kerna kesilapan lalu. Mungkin ini langkah yang terakhir untuk segala sesuatu. Langkah yang akan melengkapkan. Perasaan yang bergolak,cuba dikecam sedikit demi sedikit. Aku musnahkan. Tangan ini yang akan menghapuskan. Diri ini yang akan menghinakan.

Hari semalam hanya berlalu.
Hari ini melupakan yang lalu.

Pencipta Maha Kaya.
Disaat aku butuh akan kekuatan,Dia berikan ujian. Agar aku kuat menghadapinya. 
Disaat aku butuh akan kebenaran,Dia berikan aku kesilapan. Agar aku tahu mana yang hak dan batil.
Disaat aku butuh akan kasih sayang,Dia berikan aku kehilangan.

Agar aku menghargai erti sebuah pengorbanan kasih sayang.

Andai aku hilang,jangan cari aku.
Andai aku hilang,jangan diingati siapa aku.
Andai aku hilang,jangan ditanya kenapa begitu.

Berilah aku ruang memperbaiki segalanya. Aku mendambakan keredhaan sang Pencipta.

Aku. Pergi.

Saturday, October 12, 2013

Raksa jiwa


Indah. Suatu ciptaan yang tiada bandingannya. Dalam nukilannya melampirkan gambaran yang luar biasa. Sesutau yang bukan milik hakiki seorang hamba. Terus berlalu. Meninggalkan istana yang kian pudar keratan rentasnya.

"Kenapa kau terdiam ?"

Pilu jiwa mendakapkan kehilangan sebuah rasa. Berdiri yang tidak mampu oleh jasadnya walau teguh menghadap setia.

Bukan aku yang kau cari.
Bukan aku yang kau perlu.
Bukan aku yang kau kehendak.

Lantas wajah itu memalingkan kesetiannya. Cuba memperbaiki kesilapan lalunya. Natijah,peluang tiada baginya. Kesal dan kecewa. Tidak. Begitulah takdir Sang Pencipta. Tiada cacat celanya. Hanya kita yang berprasangka. Kenapa ?

"Sungguh jiwa ini masih dirantai"

Dalam diam dia mencari. langkah demi langkah cuba diceruni. Namun masih tidak ditemui. Malah makin jauh pergi.

Hilang rasa diri. 
Hilang teguh hati.
Hilang jiwa emosi.

Biar hebat kau disana,jangan kau lupa embun pagi. Walau tinggi kedudukannya di nian pagi,tetap merebah jatuh menitis ke bumi. Saat itu daun yang melitupi mekar menyinari,bunga kemuncup kembang berseri. Menggantikan titisan embun pagi.

"Kau dah lupa. Kau cuma manusia"

Biar tegar hidup kau mencari rezeki alam,jangan kau lupa kewajipan kepada Pencipta. Jangan kau lupa bakti mereka.

Harapan setia menantikan jiwa yang ingin kembali. Teruskanlah juang. Biar syahid di medan perjuangan ini. Aku tinggalkan kau pergi mendekati yang hakiki. Pergilah. Jangan melambai mahupun kembali. Carilah sinar itu. Aku tak mampu menemani.

Apa yang aku lakukan jangan kau soalkan.
Apa yang aku tinggalkan jangan kau tanyakan.
Apa yang aku silamkan jangan kau gusarkan.

Diri ini hanya hilang. Buat seketika. Tiba masa,kembali seperti sediakala. Menunggu masa. Langkah ini,aku teruskan.

Inilah aku,bukan kamu.