Saturday, June 22, 2013

Refleksi Diri


Kasihnya ke syurga.
Menatap wajahnya berpahala.
Mentaatinya kewajipan.
Merinduinya ketika berjauhan.
Mengingatinya satu kegembiraan.
Dia.
Masih disitu menantikan hadirnya seseorang menyentuh lembut tangannya. Melemparkan senyuman kepadanya tanda sayangkannya. Raut wajah yang masih ayu dengan senyuman manis. Masih menunggu pulangnya sang pujangga. Hatinya tiada ketahui sesiapa melainkan Pencipta. Menahan perasaan rindu yang tak terkata.

"Ah,malaslah aku !"
"Sakitnya telinga aku ni dengar kau bebel !"
"Diamlah !!"

Lemparan hina itu terkena menusuk ke dalam diri dia. Sedangkan dia benar-2 sayangkan kita tapi pengorbanan itu dihinakan,dikejikan,diendahkan.
Ya,dia yang aku maksudkan adalah seorang wanita yang cukup hebat.

Dialah bonda kita.
Dialah umi kita.
Dialah ibu kita.
Dialah emak kita.
Dialah mama kita.

Tapi kenapa ? Kenapa kau begitu ? Kau lakukannya seperti dia kawan kau.

Sampai hati kau menghinanya.
Sampai hati kau menendangnya.
Sampai hati kau menamparnya.

"Siapakah kau?"

Aku hanya terdiam. Pernah terdetik di hati ini berkata sedemikian tapi tidak pernah terluah mahupun terlakukan. Fikirannya pujangga mula melayang. Memikirkan dirinya yang penuh dengan dosa. Soalan bermain difikirannya

"Bagaimana kau boleh menghina orang yang telah melahirakan kau,membesarkan kau,dan mendidik kau?"

Riaknya kau.
Takburnya kau.
Sombongnya kau.
Kejamnya kau.

"Sejahat manapun dia,dia tetap ibu kamu"
Tidak mustahil suatu hari nanti anak kau akan membalas perbuatan yang sama dekat kau. Pencipta maha Adil.

Seraya pujangga sejenak berfikir. Walaupun aku tidak sedemikian,aku pernah melukakan hatinya. Aku pernah melakukan dosa kepadanya. Tapi dalam hati ini,benar sungguh memerlukannya. Tidak dapat memiliki yang lain sehebat nya. Merenungkan teman-2 yang sudah lama kehilangan kasih sayang seorang ibu,benar-2 menyentuh hati kecil ini.

Dahulu aku bodoh,kau didik aku.
Dahulu aku sakit,kau jaga aku.
Dahulu aku jatuh,kau angkat aku.

Alhamdulillah,Pencipta memberikan aku nikmat yang tidak terhingga. Rasa kesyukuran tidak mampu dilafazkan setiap hari apabila melihat wajah manis itu masih berdiri dihadapan aku,melemparkan senyuman yang manis walaupun hatinya sayu kepedihan. Menatap wajahnya sudah cukup memberikan kita pahala. Mudah kan ? Pencipta itu sayangkan kita.

Wahai sekalian,hargailah ibumu sementara masih berpeluang. Maafkanlah kesilapannya.

Marahnya kerana sayang.
Tegurnya kerana nasihat.
Letehannya kerana peringatan.

Bersyukurlah. Walau kita berjauhan,cukuplah mengingatinya. Lebih sekadar cukup jika menghubunginya. Sedekahkan Al Fatihah kepadanya. Tidak susah. Aku pernah terlupa. Apa kan daya,iman didada tidak sekuat nafsu yang bergelora. Sifat marah senang menguasai diri ini. Aku hanya insan yang lemah,insan yang mudah lupa siapa aku sebenarnya. Memanglah tidak pernah menzahirkan melalui perbuatan mahupun percakapan,tapi tidak sesekali berniat untuk aku lakukan sedemikian.

Kalam si pujangga menuntutkan keampunan kepada bonda merestui segala yang tersedia ketika pujangga masih muda dahulu. Walaupun tidak berkata,hati ini sentiasa mengharapkan doa dan restu untuk pujangga berjaya di dunia yang fana ini dan akhirat yang kekal di sana.

Terima kasih bonda. Mohonlah keampunan selagi berkesempatan. Hargailah selagi masih nyawa dikandung badan.

No comments:

Post a Comment