Sunday, December 22, 2013

Suatu pertanyaan



Rebah disitu. Terpanah dengan suasana. Seakan terhenti nafas seketika. Pelbagai persoalan bermain di minda.

"Adakah aku menjadi punca ?"

Dorongan yang membawa kepada penyesalan.

Adakah ini suratan ?
Adakah ini takdir ?
Adakah ini kebetulan ?

Fikiran melayang. Rancak bermain dengan angan-2. Adakah takdir yang inin dipersalahkan. Wujudnya suatu penyesalan. Bermain di fikiran pelbagai persoalan.

"Kenapa mesti aku ?"
"Kenapa masa tu ?"
"Kenapa dengan aku ?"

Rapuh berdiri. Apatah lagi hendak berlari. Masalah yang tiba datang bertubi tubi. Adakah aku yang menjadi punca kepada masalah ini ?

Dilema bermain dalam diri. Pilihan ini seakan tidak memberi. Wajarkah aku menyalahkan diri sendiri sedangkan ini yang telah disurati. Aku hanya merencana,Pencipta menentukan segalanya. Cuba menenangkan jiwa yang sedang berlara. Cuba menenangkan hati yang bersengketa.

Maafkan aku,aku buat mereka kecewa.
Maafkan aku,aku buat mereka susah.
Maafkan aku,aku buat mereka gelisah.

Dalam diam aku memerhati. Dalam diam aku cuba untuk merungkai setiap satunya. Masih tiada. Langkah terus maju kehadapan. Menyaksikan kepingan jiwa berterbangan. Merasakan suatu pemergian.

Mungkin inilah satu pengorbanan. Bukan secara terang terangan.

"Adakah kau ingin menyalahkan takdir ?"

Diam dirinya. Mati dengan kata-2. Terkedu merasakan dirinya yang hina. Lemah. Bukan aku menyalahkan. Malah aku terima ini sebagai ujian. Aku terima ini sebagai satu dugaan. Untuk menguatkan. Aku hilang dari pandangan.

Tegak berdiri melihatkan saksara yang halus menuruni. Lembut gemalai sang penari. Sang kemudi melayarkan bahtera terus menuju ke destinasi. Melihatkan tanah besar yang semakin dihampiri. Kelajuan bahtera terus meninggi. Seketika kemudian,hanyalah sebuah pulau. Pulau terpencil disitu. Kekesalan terbit diwajah sang kemudi bahtera.

Maka dijadikan pulau itu suatu destinasi. 
Maka dijadikan pulau itu suatu permulaan.
Maka dijadikan pulau itu suatu kemajuan.

Begitulah kehidupan. Permulaan yang tidak disangkakan.


Bermulanya dengan biasa,diakhiri dengan sederhana,ditinggalkan dengan sempurna.

Kita berhak membuat pilihan. Hanya lakukan ke arah kebenaran. Pilih yang membawa kau ke arah kemajuan. Kemajuan terhadap pegangan. Jangan dikunci. Biarkan ia terbuka agar kau tidak dirantai dengan kesilapan.

Majulah kehadapan. Jangan dipersiakan. Jangan lagi dipersoalkan. Pencipta telah menentukan.

No comments:

Post a Comment