Tuesday, December 24, 2013

Sebuah coretan


Di suatu sudut dia termenung. 
Di suatu sudut dia terdiam.

Hanya sebutir senyuman. Hanya secebis pandangan. Cukup menerangkan kegembiraan. Tidak mampu berseorangan. Itulah yang cuba diilhamkan.

"Terima kasih semuanya"

Dahulu,aku tinggalkan mereka.
Dahulu,aku pergi jauh dari mereka.
Dahulu,aku hilang dari mereka.

Bukan aku rela. Tapi inilah takdir Pencipta. Menentukan setiap kebaikan kepada hambaNya. Mulanya tidak ketahui akan hikmahnya. Sinarnya hanya terlihat pada penghujungnya. Mungkin sudah tiada. Tidak. Sedikit cebisan ditinggalkan di dalam hati. Tersembunyi.

Setelah itu dia kembali. Dia cuba meneruskan bersembunyi. Sembunyi menghilangkan diri. Sepi membawa diri. Sedangkan jiwanya kosong. Keseorangan. Tidak mampu hendak berdiri.

"Kau masih lagi kawan aku"

Terdetik jiwanya. Masih mampu untuk diterima sedangkan sudah jauh aku dari mereka. Mungkin inilah hikmahnya.

Dahulu jiwa meronta saat perginya bermula. 
Dahulu batin terseksa berjauhan dari segalanya.

Tidak. Pencipta itu Maha Kaya. Setiap rencana tersusun dengan indah belaka.

Disana,ilmu ditimba. Disini penantian yang setia. Menantikan kepulangan sahabat yang hilang melara.

Aku pergi,hanya sementara.
Aku pergi,hanya seketika. 

Kerna takdir Dia menentukan segalanya. Dan aku kembali. Mereka semua setia menanti. Menerima aku kembali seakan aku tidak pernah pergi. Pergi aku membawa seperjuangan dahulu. Bukan kerana suka. Tapi kerna seruan Pencipta. Kawan. Sahabat.

Mereka itu setia.
Mereka itu peneman.
Mereka itu sejati.

Kau pergi,kau kembali. Mereka masih menanti. Kau pergi,kau kembali. Mereka masih mencari. Jadilah diri dalam keuntungan. Memiliki sesuatu yang dicari sekalian. Jangan dibiarkan. Jangan dilepaskan. Rantai kasih itu.

"Jadilah seperti sahabat-2 yang menjadi peneman kepada seperjuangan"

Nafas itu ditarik dan dihembus kerana Dia selalu memberi kenikmatan ini. Andai aku terlupa akan nikmat yang diberikan,Dia tetap memerhati. Andai dalam kegembiraan aku masih lupa. Andai dalam kesedihan aku masih terlupa. Terima kasih wahai Pencipta. Mengurniakan selengkapnya.

"Tidak. Kau tidak bersendirian. Aku kan ada. Aku sebagai teman"

Senyum.

No comments:

Post a Comment