Saturday, February 15, 2014

Andainya


Buka mata. Syukur kehadap Pencipta masih dikurniakan nikmat yang sedia ada. Tidak tergambar jika salah satu nikmat itu dihilangkan dari jiwa dan raga.

Aku hanya tabah.
Aku hanya redha.
Aku hanya terima.

Setiap hembusan nafas ketika itu mempamerkan lemahnya jiwa menanggung peri kesakitan. Betapa rapuhnya raga mendirikan tubuh pemberian Pencipta untuk sementara.

"Andai dapat aku undurkan masa. Akan aku goncang segala isi dunia. Tapi,aku hanya lemah"

Mata terbuka. Saat degupan jantung beralun laju tanpa irama. Sungguh kencang. Cuba menenangkan diri untuk seketika. Menggagahkan diri menerima segalanya. Apabila muncul depan mata.

"Aduh !"

Sakit.

Batin hanya menjerit.
Zahir hanya tersepit.

Hari yang cukup gagah untuk menerima hakikat. Saat itu aku bermain dengan minda diselangi hasutan dusta syaitan durjana. Hati berbolak balik. Lemah. Sangat lemah. Hingga tiada kudrah menanggung derita itu.

"Jadi,macam mana ? Kau kan pandai. Mesti mumtaz"

Air mata berlinangan. 

Apatah lagi terpaksa berdepan dengan kebenaran. 
Apatah lagi hendak meluahkan.
Apatah lagi hendak mengongsikan.

Cuba menyalahkan. Namun tiada siapa mampu mengubah. Saat itu tidak mampu aku gambarkan. Kesedihan melihat rebahnya diri di medan perjuangan. Perang baru sahaja bermula,tapi aku adalah korban pertama. Dimanakah jasa. Dimanakah baktinya.

Sedih.

Melihat diri sendiri.
Melihat kelemahan diri
Melihat kejahilan diri.

"Apa yang dah jadi pada aku ? Manakah aku yang dahulu ?"

Maafkan aku. Maafkan anakmu. Bukan sengaja mengecewakan. Aku sudah lakukan yang terbaik. Yang termampu aku lakukan.

Setiap satu itu tak mampu aku miliki. Setiap satu itu. Mungkin belum tiba masanya. Kata-2 terbit dalam diri untuk menampung diri sendiri. Cuba. Cuba. Cuba. Cuba dan cuba. Bangkit semula. Perkataan yang masih lagi tiada hasilnya. Hanya kegagalan dipertemukan.

Ya Rabb.
"Aku tahu ini ujian. Aku tahu ini dugaan. Aku tahu berdosanya aku. Andai ujian ini untuk mendekatkan. Andai ujian ini untuk merindukan kasih yang semakin hilang. Andai ujian ini untuk menguatkan aku."

Aku redha.
Aku redha.

Kuatkanlah aku. Tabahkanlah aku. Aku mohon. Kerna dulu lidah ini meminta kepadaMu. Kini dan selepas ini. Masih setia mengharapkanMu. Sungguh aku tidak terdaya. Andai harini aku hidup,aku amat mensyukuri atas segalam pemberian ini.

Sukar hendak dilakukan. Membuka hati ini semula untuk menerima. Kekecewaan diri sendiri.

Masih ada sisa-2. Langkah rapuh menerima segalanya.

Aku redha wahai Pencipta. Kau lah sebaik baik perencana. Yang lalu. Yang kini. Yang lepas ini. Kau mengetahui segalanya.

Kuatkanlah aku.


No comments:

Post a Comment