Saturday, August 3, 2013

Bisikan hati,siapa tahu.


Cuba untuk menyelinap masuk setiap keping-2 hati yang lain. Walaupun serpihan duka,cuba untuk menyantumnya kembali. Masih belum sempurna. Bila ? Entah. Masih tiada jawapannya.

"Ala,dia tu bukan bagus mana pun sebenarnya."

Sedih. Saat dia berpaling,dia melihatkan kekejaman di wajah insan itu. Berhasad. Riak wajah yang cukup ditakuti. Wajah itu mempamerkan ketidakpuasan hati manusia yang sentiasa menginginkan yang tiada.

Hati itu keras.
Hati itu degil.
Hati itu mati.

Kerna,kebencian yang kau tanam.
Kerna,dendam yang kau didik.
Kerna,dengki yang kau milik.

Itulah hati. Kau tidak kuat mengawalnya. Kenapa ? Jangan tanya dia. Tanyalah tubuh yang membawa hati itu. Pencipta telah meminjamkannya,jaga. Itu sahaja tanggungjawabnya.

Adakah itu bisikan jiwa. Bukan. Saat itu mereka terikat di sana. Yang tinggal hanya kita. Nafsu. Itu yang kau miliki. Namun kenapa masih tidak mampu mengawal. Ah,hina. Dia cuba untuk menafikannya. Iman patut dididik,bukannya jadi lembik.

"Kenapa kau ni ? Apa yang kau tak puas hati dengan dia ?"

Begitulah. Kehidupan.

Keluhan cuba untuk dilepaskan tapi ditahan. Cuba memikirkan.

Kalau dahulu,mereka menghina. Kini mereka mencari. 
Kalau dahulu,mereka mendengki. Kini mereka memuji.

Apakah muslihat yang tersembunyi ? Diam berfikir.

Kesilapannya ? Mungkin.
Kehebatannya ? Mungkin.
Kelebihannya ? Mungkin.

Kenapa perlu semarakkan api yang kau cipta sedangkan kau jauh dari punca air. Jahil. Hasilnya membakar diri. Dendam yang kau tanam,apa faedahnya. Hasilnya duka melanda diri.

Memaafkan.

Lebih mulia. Namun,sukar untuk dilupakan. Ya,itu hakikat. Jangan pergi. Jangan lari. Aku tidak mengejar. Aku hanya melihat. Bukan berdiam. Aku berdoa. Agar daging kecil dalam diri itu lembut memaafkan.

"Sedangkan hati membuka ikhlas menerima segala kesulitan,kenapa tidak mampu memaafkan"

Hapuskan dengki.
Buangkan dendam.
Sebarkan kemaafan.

Hanya lakukan dan tinggalkan. Mudah ?

Aku tahu,kau mampu.
Aku tahu,kau boleh.

Jalinkan. Terima kasih Pencipta.

2 comments: